Followers

Friday, December 30, 2011

penutup 2011 yang menghibakan jantung hempedu.

"semoga kak dila selamat, keluar dari keadaan kritikal "

aku harap kepada sesiapa pun la yang baca entri ni sila bawa motor, kereta, lori dengan hati-hati. 

moga ada hikmah pada setiap apa yang berlaku.

salam tahun baru. moga 2012 jadi lebih bermakna.


Saturday, December 24, 2011

2011 itu gelak senyum tapi penuh air mata.

" banyak sungguh dugaan kita tahun ni kan long" - ibu

dugaan. memang kalau namanya manusia. memang tak lepas nak hadap dugaan. tak kira la dugaan itu kecil atau besar. bezakan kita hanyalah macam mana kita nak hadap dugaan itu. macam mana kita mencari jalan. memang sakit waktu itu. memang rasa ruang akan sempit. memang kepala akan rasa berat. memang rasa macam nak seseorang yang mampu gapai tangan kita untuk berdiri.

tapi. kita kena ingat. Tuhan kasi kita dugaan kerana sayang kita. nak uji tahap mana kita sayang Dia. nak uji berapa banyak kita usaha. berapa banyak kita mengadu dekat Dia.

perlu kita tahu. setiap kesukaran, pasti bahagia di depan. hikmah dia.. Tuhan ja tau banyak mana, rupa apa.
jadi berusaha lah untuk menangani dugaan.

kita tak seorang. kita ada Dia.

2011 ...

p/s :yesterday, I wrote on the door of my heart, ‘Please do not enter.’ Love came smiling and said: ‘Sorry I am an illiterate.

Sunday, December 18, 2011

jangan kata kita kurang kasih sayang. itu bodoh.

jangan rasa ayah ibu tak sayang kita.
jangan rasa mereka abaikan kita. mereka pilih kasih.
jangan kata kita tiada kawan. jadi kita kurang kasih sayang.
jangan kata semua orang tak sayang kita.

tapi 

kita kena ingat. kita lahir ke dunia atas ihsan siapa.
kita bernafas atas kasih sayang siapa.

ya. semua ada jawapan kan.

TUHAN. 

Dia maha peyayang. 
Dia amat menyayangi hambaNya.


kita tak pernah berseorang dalam dunia ini.

 jadi bersyukur.

Monday, December 12, 2011

pegang watak curang dalam mimpi sendiri


dah dua kali gua mimpi macam tu . kalau makcik yang minat cita drama melayu. pasti watak curang yang gua bawak dalam mimpi gua akan dikecam hebat.
gua pun rasa gua kejam gila dalam mimpi tu. malangnya mimpi tu tak penah nak habis. gua tak tau pe kesudahan mimpi gua. tergantung.

nasib baik mimpi. jangan jadi dekat dunia realiti sudah lah. haru !

Monday, November 28, 2011

KONON

"konon" selalu digunakan dalam kehidupan seharian.
kadang-kadang "konon" itu membawa sesuatu perkara yang baik. contoh

konon kuat, konon bahagia, konon ceria, konon happy,konon sihat

ya. konon itu boleh menyembunyikan keperitan hidup. boleh melegakan hati orang yang sayang dekat kita.
sapa nak menyusahkan orang kan? konon.

tapi benda "konon" ni pun selalu digunakan untuk benda tak baik. negative bak kata orang inggeris.

konon baik, konon alim, konon kaya,

style selalu bila nak mengayat gadis-gadis.

yang kecewa terluka kena tipu. gadis.

ya. konon itu lebih tepat adalah "lakonan"
lakonan hidup. the real lakonan .

 

Monday, November 21, 2011

usaha, kecewa. itu takdir ke?
















kecewa. memang kecewa. bila mana benda yang kita berusaha gila-gila untuk dapat kan benda tuh akhirnya kita tak dapat nak gapai pun macam yang kita harapkan. bukan kita tak pulun habis-habis. memang kalau boleh tak mo tido semata nak dapat yang terbaik. tapi kenapa first result yang keluar ni macam haram.

takdir dah tulis macam itu ka? ke aku tak cukup usaha lagi. tak cukup doa lagi. 
mybe.

serius.tekanan.

tinggal 1 lagi paper. jiwa aku dah goyah. 
Allah, tolong hambamu ini.

Tuesday, November 15, 2011

TIPS CEMERLANG BILA NAK MENJAWAB PAPER YANG BERUNSURKAN TEORI, HAFALAN SEMATA.

1. jangan dengar lagu waktu membaca
2. jangan layan movie waktu tengah hafal.
3. better duduk dekat kawasan yang sunyi.
4.off line internet.
5. facebook twitter. jangan gatal bertweet, berupdate status. nanti mesti korang tak duduk diam . mesti korang rasa tak tenteram. ye lah. bila update nih mesti terasa macam ada member, secret admirer kot2 komen kan. market lah katakan. ngek!
bedebahkan itu semua woi!!

 *tapi nak release otak lepas dah baca 10 bab. tak salah bukak kejap. kan? kang meroyan plak.
yang ni ketika membaca la.

tapi kalau nak jangka masa panjang. nak tajamkan cara menghafal.
1. makanlah kismis. (gua baru niat nak pegi beli.)
2. amalkan zikir.
3. baca al Quran.
4 dan sebenarnya....




*gua tulis ni sebab esok gua ada paper CCT. paper yang memang totally membaca. gua tak tau la spm da lepas belum paper history. tapi. kepada yang tengah exam macam gua. good luck.

pesan gua. pada yang masih ada mak ayah. before masuk hall, mintak restu dengan dorang. sekurang-kurangnya dua tiga patah ayat dalam message

jangan duk wish good luck kat boyperen ja.

gua tau gua tengah merepek. okbai.

Friday, November 11, 2011

jangan perlekehkan orang kurang cantik

cantik itu sementara.
tapi
comel
manis
kekal sampai jadi nenek tau!













SETUJU ?

Wednesday, November 2, 2011

panas baran

macam mana nak ubah orang yang panas baran ?
bukan nak ubah totally. manusia. ada kelemahan. aku tahu.

tapi macam mana nak kurangkan sifat negative tuh?

payah kan? memang payah.

dan untuk pengetahuan. aku memang tak pandai nak komunikasi dengan orang panas baran nih! serius aku fail.

bagi aku. bagi sesapa yang rasa ada sifat panas baran nih. 
dia bakal menyusah,melukakan hati orang . kadang-kadang orang yang dia sayang.


Monday, October 31, 2011

luahan perasaan bagi si hati batu

bagi seorang jiwa hati batu . memang payah. memang tak pandai nak luah perasaan guna kata-kata.

tapi bila seorang yang jiwa hati batu ni meluahkan perasaan, maka , dia betul-betul maksudkan.

"once she/he say it, she/he really mean it "

jika dia sudah meluahkan kata-kata.,
aku harap. orang yang dia sayang tu jaga lah dia baik-baik.

memang dalam hubungan kita tak boleh predict. sejauh mana kita boleh pergi dengan relationship tuh.
adakah hanya berakhir sebagai kawan atau sebaliknya kan?

so tak salah kalau berusaha. perbaiki diri. jadikan hubungan tu satu batu lonjatan untuk kita berjaya. bahagia. mungkin dia adalah pemangkin untuk kita berjaya, boleh jadi sahabat . aci jadi pendengar setia bila kita perlu nak berkata-kata.

so. hargai orang yang sayang kita.


blog ni dah lebih 1000 follower. thanks guys!! dush gua terharu !

Saturday, October 29, 2011

Asmidar - langit biru dengan lirik



Ku lihat kau dari jauh, termenung
Ku cuba hampirimu
yang sedang kebingungan

Apa yang mengganggu fikiran
Soal tiada noktah jawapan
Lalu ku hulurkan tangan

Ikuti langkahku, menari
Hilangkanlah resah, dihati
Bangun dan teruslah bernyanyi
Bangkitlah sedar dari mimpi

Lantas, jauh kau ku bawa
Lenyap dari rasa kecewa
Ku lihat kau tersenyum

Sedar, jelasnya manusia
Hidup, ada naik dan turun
Tapi kau harus terus bangun

Ikuti langkahku, menari
Disinilah waktu terhenti
Yang berlalu biarkan pergi
Kini kau tak sendiri lagi

CHORUS
Ku dan dirimu (kau dan aku)
Ke langit biru (bersamamu)

Kan bersama
Berdua hingga
Ke akhirnya

Ikuti langkahku, menari
Waktu kan berlalu dan pergi
Tapi kini kau tak sendiri lagi

CHORUS
Ku dan dirimu (kau dan aku)
Ke langit biru (bersamamu)
Lari menuju (langit biru)
Bintang yang satu (bersamamu)
Ku dan dirimu (kau dan aku)
Ke langit biru (bersamamu)


Wednesday, October 26, 2011

sila jawab.

ANDA
SEMUA
RINDU
CIK TEROMPAH ?

Sunday, October 23, 2011

PRE-KONVO.

hari ini ibu ayah dengan adik beradik gua datang melawat gua dekat melaka nih.
pada masa yang sama. uni gua tengah pesta konvo. gua pun bawak la family gua pergi usha pe yang best kat sana.
dalam masa yang sama gua bawak la ibu ayah gua kat kedai2 bunga teddy bear.. sebab gua rasa elok jugak dorang survey harga bunga teddy besar mana yang gua nak tahun depan.

ha. kira nak kasi gambaran dekat dorang keadaan macam mana dorang nak tempuh waktu gua konvo nanti.
gua dah tunjuk jalan. mana parking startegik. waktu bila bunga tengah sale. 

ibu pun dah siap boleh berangan nak setting baju apa nak pakai.

bagus gila family gua. bersiap setahun awal. 

tu maksud gua pre konvo. 

kepada semua senior gua yang grad hari ni dan semalam. tahniah dari gua. gua doakan semuanya berjaya dan mendapat keredhaan Allah. :)


bukan wedding ja ada pre wedding.. 

p/s : gua baca entri lu  sebanyak 6 kali tanpa jemu. kali ke 7 gua terpaksa tutup tab sebab gua takut gua mimpi entri lu plak. muahaha..  " hati kita Allah yang pegang " gua ingat ayat ni sampai bila2. :)

Sunday, October 2, 2011

boleh faham tak maksud berat mata memandang berat lagi bahu memikul?








ya . sekarang aku sangat faham dengan maksud itu.

bukan untuk lambang kemiskinan semata. tapi boleh jadi macam-macam.

bila aku berada didalam tekanan. bila semua tetiba  menuding jari mengata. mencaci. membenci. berada didalam kepompong umpatan.

kita akan berasa dalam tekanan yang maha hebat, berperang dengan perasaan sendiri. meminta hati supaya bertahan. bersabar,

maka. kawan akan datang memberi nasihat.

"sabar. biarkan dia nak buat apa dia suka. sampai satu tahap. dia akan senyap"

"jangan lawan dia., biarkan dia dengan benci dia.sabar."


tapi kawan.

yang menanggung umpatan nya adalah aku. yang terasa dibaling taik secara beramai-ramai nya adalah aku jugak..bukan kamu.

letih. serius letih...
aku bukan superwomen yang aci boleh tahan.





SERIUS.

I DON'T HATE YOU. BUT I HATE THE FACT THAT YOU HATE ME.


Tuesday, September 20, 2011

tips kurangkan tekanan perasaan !


bila semua benda yang MENYAKITKAN,MELETIHKAN,MEMENINGKAN otak nak fikir macam mana nak selesai.
mulalah mengeluh.
mula lah nak kata menyesal.
kata tak guna masa sebaik nya.
mulalah nak guna perkataan KALAULAH

"kalaulah aku buat semalam kan dah siap. kalaulah... "

MANUSIA . memang macam itu. LUMRAH.


jadi untuk mengurangkan derita . tak salah kalau kurangkan stress dengan menonton video yang macam hapapa kat youtube..
macam nih.


kan. 

ps. saudi .. pinjam ! hehe. 


Wednesday, September 7, 2011

pesanan gua untuk semua yang mahu ke rumah terbuka





1. MASA
bagi gua sangat penting masa itu. lu orang kalau kot excited sangat jangan la main redah rumah orang pukul 7 8 pagi! dah orang ajak lepas zohor . datang la lepas zohor. memang tuan rumah yang duk masak kat dapur !@%&%$ la kan.,,
lagi satu. jangan datang waktu orang dah tutup pintu. pukul 10 11 malam baru nak datang.
letih woi! dari pagi tak rehat. orang dah kemas meja dah (--")

2.PAKAIAN
datang pakai skirt pendek dengan lakinya berseluar pendek koyak rabak yang konon urban punya orang. agak-agak la saudara saudari. kalau krismas gua tak heran mana la kan. ni hari raya bro,sis! kalau panas la sangat pakai baju kurung, pakai la baju yang bersesuaian. bukan pa. bukan orang muda ja yang datang open house nih. kanak-kanak, remaja, paling penting orang tua nih. jagalah sikit adab. mana tau dorang tuh bakal mak ayah mertua. tak ke kasi imej buruk kat kita tuh. kan?

3. KOMEN
memang lah dekat malaysia nih, ada kebebasan bersuara. tapi jagalah hati tuan rumah. ada ke patut pergi cakap makanan tak sedap lah. langsir tahun lepas samalah.laksa tak cukup garam lah. cair sangat lah.
bagi aku .. wakluu!!!

4.PIKIR SENDIRI.
blablablablabla...


*lama tak berkasih sayang dekat sini. hye semua. selamat hari raya. :)
maaf zahir juga batin . even kita tak pernah pun kenal face to face. tapi nak minta maaf jugak. GUA tak kira!!!

Monday, August 22, 2011

nak tahu rahsia orang. tapi diri sendiri pun penuh rahsia.




PERLUKAH BUAT BEGITU?

ADIL KE?

(--")





Saturday, August 20, 2011

LELAKI.VIDEO GAMES.






*ini bukan kira jiwang kan. tapi nampak sweet la sikit kot. kot. kayu!!

bole percaya ka? lol

Thursday, August 18, 2011

PUASA.RAYA.SIBUK.REPORT.TAK SHOPPING LAGI.

sekarang tengah bulan PUASA. minggu depan akan RAYA. masih SIBUK dengan kelas. REPORT formal fluid aku macam haram.dan aku TAK SHOPPING RAYA LAGI.



conclusion : aku stress. lepas cuti raya, berderet test. menguji ketahanan hati sungguh.

baju raya pun mintak tolong adik terompah yang pilihkan. haru kan ?

Sunday, August 7, 2011

kalau dia caring dengan kita. maksudnya?

dia sayang kita la bedah oi..

eh jap tak jugak.

kadang2 orang yang benci ,jeles, nyampah kat kita pun. caring pa kat kita. mesti nak tau ja pasal kita.


kan?

ooc5.jpg

kepada afifah. jaga diri ko .. careless. (--")

ni part ,.. sayang tau tak.. caring. :)

Wednesday, August 3, 2011

gua rasa tak patut pergi bazaar ramadhan dengan pakaian yang mencolok mata

gua rasa tak patut.

bukan apa. gua rasa patut hormat orang berpuasa. kita nak kumpul pahala time bulan mulia penuh berkat nih . tapi dicemari dengan pencolok2 mata nih?

apa kes?

kalau lu cina ka india ka. tak pa jugak. nih gua tengok yang cina india pun pandai jaga itu tatasusila.

gua tak cakap pun entri nih khas untuk perempuan.

lelaki pun.

jangan cakap tak bersedia untuk tidak mencolok mata. itu tipu. sebab Tuhan dah sentiasa kasi petunjuk untuk kita. bukan takda buku kata benda tuh tak boleh. bukan tak dak media massa yang sebut benda tuh berdosa. dan sangat tipu kalau kita tak pernah masuk kelas agama waktu sekolah dulu. sebab memang akan ada silibus pasal aurat kan?

pokok panggal. DIRI SENDIRI.

p/s : tak perlu ada title ustazah untuk memberi pendapat. kan?

*kasar . minta maaf.


Thursday, July 28, 2011

hari ini jumaat. lagi 3 hari kita akan berjumpa ramadhan

marilah sama-sama kita mengaminkan agar aku. awak, kamu, kau, lu dan seluruh umat Islam dapat merasa nikmat dan keindahan Ramadhan pada tahun ini.


*selamat berpuasa semua :)

Wednesday, July 20, 2011

yesterday Together but now Strangers, again



Sometimes, even if two people are meant for each other, it doesn't mean they have to be together now

bukan hanya untuk couple . tapi it can happen in friendship too 

Tuesday, July 12, 2011

tak sampai seminggu lagi untuk aku chill

jumaat nih dengan rasmi tamatlah sudah aku punya practical dekat power station tnb .
sumpah akan merindui mereka. aushhh...

serius akan merindui akak aku nih.. FATIN!

fizy yang super cool ... yoish

adi manual. oh. relax.

hafiz wanie. PEP yg sempoi ma.
Hanis ! boss!


tak lupa jugak dekat technician. mentor.engineer sama abang zul farjoy napie. 
the great wohh dorang nih.
thanks layan aku sepanjang betatih jadi pelatih.


*dulu kalau cara nak kasi tak lost contact guna surat menyurat. sekarang bila fb dah wujud. mudah.

pesan aku . NAK KAHWIN TAK AJAK AKU. sumpah mengajuk!



*jangan meleleh air mata dara aku udah. alala..




Friday, July 8, 2011

PengHasad Dengki

dengan kata singkatan nya adalah Phd.

so kawan semua. jangan suka hati nak dengki2. sebab Tuhan dah kasi kita rezeki masing2. tinggal kita je nak usaha ,kejar dan nikmatinya.

ringkasan untuk hari jumaat.




ko kenal dia? cantik tak?

jangan dengki. gadis malaysia pun cantik ma...


kahkahkahakhakah!!!!!

Saturday, July 2, 2011

Tau tak buat keputusan itu susah? payah?




dah la nak buat keputusan tuh boleh kira azab. nak laksanakan keputusan yang dibuat. belum tentu boleh . nak dapat hasil dari keputusan yang dibuat apatah lagi kan.

waktu ni la datangnya lah migran . sakit kepala. nak demam. time ni jugak lah nak menung panjang.

cuba bayang kan aje. bila keputusan yang kita ambil tuh salah. apa jadi pada hasil keputusan kita tu? celaru kan?

pesan aku. kalau nak buat keputusan. tak kira keputusan tuh kecil atau besar. janji kita perlu ambil keputusan sama ada YA atau TIDAK. kita perlu fikir sedalam nya. tanya hati kecil . senaraikan kebaikkan dan keburukkan kalau kita ambil keputusan itu. jangan nak fikir kebaikkan nya. keburukkan itu jugak penting woh.

boleh?

*pening. :)

Thursday, June 30, 2011

lelaki suka perempuan jual mahal.

lelaki kata kalau perempuan jual mahal. baru lah ada trill nak mengorat. baru lah rasa cabaran nak memikat. sebab ikut kata orang  bila dah susah nak dapat tu. barulah rasa betul2 nak menghargai. almaklum susah nak dapat kan?


farjoy kata.





*halamak..maksud aku.. perempuan jangan mudah sangat tergoda. jangan murah sangat. baru suwitt sikit dah tangkap cintan terasa dia la bakal laki kita.

takdak kene mengene dengan hantaran papun. hoish

Sunday, June 26, 2011

lebih sudu dari kuah? paham maksud dia?

ikut pahaman aku. ibarat "terover"

bagi aku. tak patut kita atau sesapa ja lah kat muka bumi nih ada sifat terlebih kuah. aku tak rasa sifat nih boleh mendatangkan sifat positive. 
ibarat isteri jadi queen control? bagus ka? dah sah2 dalam islam , isteri perlu taat pada suami , dan sebagai seorang suami , mereka perlu membimbing isteri bukan dibimbing.

tu contoh.

aku nak jugak cari contoh yang senang faham pasal peribahasa nih. senang zaman sekarang nih. google je. 


hah? mendapat ko...

macam2 contoh aku dapat.
ada pasal rosmah lah.
pasal ajk PIBG sekolah.
pasal artis dengan pengurus. 
 *OMD !!!


ps: ada jugak yang rindu kat cik terompah.. auu.. *blusing*

*>oh mak datuk. < :)

Tuesday, June 21, 2011

gua rasa nak humban henset gua kalau dapat message ni.



member gua dah tercongok tunggu gua kat tempat biasa. gua capai kunci motor.

gua pecut motor yang gua pinjam dari member gua nih..
memang cukup fokus gua bawak. laju tak yah gua nak explainlah.
gua cilok sampai awek pandang gua tak kelip. kalau gua slow sikit gua boleh nampak bulu mata palsu awek yang lopong tengok gua pecut tadi jatuh..

tetiba bila gua abis lap kat selekoh tadi henset gua vibrate pulak.
punya risau takut urgent message ka pa kan.

sekarang gua pegang handle motor tuh sebelah tangan. sebelah tadi gua guna nak hambik enset dari dalam kocek seluar jeans cikai gua..

gua gesa-gesa buka message tuh,,
"RM0. Get the ONEMusic app for FREE on the App Store. Download unlimited Full Songs from Mizz Nina & more for RM8/month!"

Memang haram gua cakap lu.... Hilang dah budi bahasa nilai kasih sayang gua kat henset nih.....

Saturday, June 11, 2011

jangan anggap CINTA itu enteng.

kalau hamba dah tak cinta pada Penciptanya, apa jadi?
dan apa jadi kalau Tuhan dah murka. dan tak cintakan hambanya?

cinta sama manusia. kalau betul cara cinta nya maka betullah haluan nya. tapi jika silap cinta itu. diri sendiri akan rosak. setuju?

zaman sekarang . kadang2 pemikiran tuh terlampau komplek. sampai buat benda bodoh. 
konon cinta tak perlu suara tapi bukti. 

punya lah haru. kalau macam itu . senanglah. tak payah buat janji . tak payah akad nikah semua terus dapat! apa nak buat kalau perut tuh dah membonyot? tak ke gila?

ingat gadis..



" PELACUR BUAT KERJA TUH DAPAT DUIT. HANG DAPAT PA?"

cinta? hah. kalau laki tu betul sayang dekat hang betul cinta. dia akan ikat hang dekat ikatan yang sah. 

Tuesday, May 31, 2011

harga minyak ron95 tak jadi naik tapi tarif eletrik naik. apa cer?



permainan duniawi sungguh...

baru nak tarik nafas lega..
 tak sempat gua nak hembus nafas wangi gua.
gua dapat tau tarif eletrik pulak naik..
dah la next sem guna menyewa kat luar.

so gua harap lepas pukul 11 malam semua housemate gua light off..
assignment tak siap tak pe. heh

harga minyak ron95 tak jadi naik tapi tarif eletrik naik. apa cer?



permainan duniawi sungguh...

baru nak tarik nafas lega..
 tak sempat gua nak hembus nafas wangi gua.
gua dapat tau tarif eletrik pulak naik..
dah la next sem guna menyewa kat luar.

so gua harap lepas pukul 11 malam semua housemate gua light off..
assignment tak siap tak pe. heh

Tuesday, May 24, 2011

gua anggap blog gua nih anak tiri gua.

cet bila gua cakap gitu mesti ja ada nak tanya. sapa ayah nya.

gua buat. jaga blog nih sengsorang so gua anggap. gua lah mak gua lah ayah. legend tak? hah.

pasal pa gatal nak ada anak tiri ?
sebab blog gua nih gua boleh jenguk kejap2 ja. tak macam dulu. aci layan nak tulis entri hari-hari.

tulis entri maknanya gua tengah manja2 dengan blog gua. so bila dah jarang2 gua rasa blog nih gua tak sengaja anaktirikan dia.

bukan gua sengaja.

tapi gua tak dak masa.

heh. letih rupanya keja nih. (--")

Thursday, May 19, 2011

lelaki kata perempuan pakai shawls kreatif!

member aku lah yang kata. seorang lelaki tentunya.
aku tak kata semua laki kata gitu. serius tak.

tapi itu pandangan dia. bagi dia. perempuan pakai shawls nih kreatif. dia selalu fikir macam mana dorang lilit tudung tuh. macam mana perempuan setting shawls kasi nampak superb. cool .. cantik..cute

bagi aku pakai shawls adalah jalan mudah bila lambat pegi kelas. heh..

*padahal lilit rumit tuh trick ja. lol


Saturday, May 14, 2011

makna cuti bagi orang bekerja dengan orang belajar berbeza, serius!



aku dah rasa kelainan dia.

penat dia memang lain.

serius tak tipu.
 sebab aku just practical.
so waktu belajar dengan waktu kerja tuh dah memang senang la aku bezakan. sebab jarak masa tuh tak jauh.
rasa poyo kan? tak beb. orang yang bekerja akan rasa. macam mana titik peluh letih hasilkan duit.

esok isnin.
kena kerja.
selamat hari ahad semua.

perkara pelik dan tak penah nak terfikir bila sedang mengidam waktu pregnant.



entri aku nih macam aku dah kawin kan.
sila ambik note. aku tak kawin lagi.

ni semua gara2 borak2 dengan technician tempat aku LI sekarang.

antara benda pelik dan tak penah aku nak fikir bakal2 ibu minta.
- karipap berintikan isi ketam. *nasib baik makcik jual karipap baik hati tolong buatkan spesel tuk beliau.
-kek pisang. nampak macam tak pelik. tapi kan jadi tak penah aku nak pikir bila kek pisang yang dalam kek tuh ada seketul pisang,
-makan sabun
- makan beras


kekadang bukan bakal ibu kena alahan tapi jangkit kena kat bakal ayah plak.
de sorang technician kat tempat aku LI tuh time anak pertama. dia tak boleh masuk bilik air. masuk ja. mesti muntah loya. serius haru. bila nak mandi masuk jamban ja.


bukan sengaja dorang nak minta benda bukan2 ..


heh? aku agak mesti ada benda yang lebih xtream dari cerita aku

*gambar kurang kena mengena dengan cerita..

Saturday, May 7, 2011

ibu saya bernama NORSIDAH

minggu nih gamaknya ikut takwin orang putih adalah hari ibu.. ye tak?
korang celebrate ke?
orang cakap ni perayaan orang kafir? heh

tapi aku rasa tak salah kalau nak wish. tapi niat tuk hargai  ibu kita la kan.

lagi indah kalau hari-hari kita celebrate. kan.

bukan maksud aku hari2 nak kasi hadiah kek ke pe. tapi ada ja cara yang lebih sweet yang lebih terkesan kan. macam doa hari-hari lepas solat tuk kebahagian dunia akhirat. even ibu ayah kita tak dengar pun doa kita. tapi remember dear. ALLAH dengar. dan apa ja. Allah yang tentukan. betul?

maka. insyaAllah. dekat lah kita dengan misi nak jadi anak soleh solehah. aku agak tu lagi buat mak kita happy, bahagia , bersyukur. sejuk perut

so mari kita tadah tangan . doa kebahgian ibu bapa kita dunia akhirat. minta Tuhan ampun kan segala dosa mereka. lindungi mereka dari sebarang kecelakaan.  dan jauhkan dari segala penyakit. AMIN...

SAYANG IBU..

Thursday, May 5, 2011

CAPS LOCK kan kata-kata anda jika sedang marah

satu kaedah berkesan kasi member sentap.cara nak bagi tau member.. lu tengah marah.

waktu tengah IM kat facebook.. tak pun waktu tengah message kat telefon .

cer try..

aku dah kena..
tapi aku boleh tanya ..

"tertekan capslock ke? awat tulisan besa2 nih?"

memang aku haru..



opss.. hari nih birthday pengCAPSLOCK la..
"selamat mendoplohkan diri beb!!!"
*jerit dengan sungguh2!!!*

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!