Followers

Sunday, January 29, 2012

jangan kata menyampah pada sesuatu.

jangan kata benci pada sesuatu. nanti suka.

jangan kata tak mungkin merah jambu. kelak anda akan pakai casing henset kaler pink macam gua.

alasan gua : warna pink tu ja yang nampak elegen. kaler len macam haram tak lawa.

barbie, bedroom, cute, girls , pink

gua takkan ubah bilik gua gini! takkan!

dan

sumpah gua takkan uplod gambar casing pink gua yang gila elegen tuh.

Friday, January 27, 2012

ingat senang ke nak sayang orang?

ingat senang-senang je nak suka orang? kelip mata tenung waima sesaat dah boleh suka?
even tersuka pun. payah nak tahan. itu bukan telus dari hati pun. nafsu. nafsu semata. bukan ikhlas hati.
ambil la masa selami hati jiwa, tanya hati jiwa . betul kah? sukakah? sayangkah?

ingat senang ke nak luah kata sayang dekat orang. susah.

ingat senang nak buat semua benda libat hati ni. payah.



nak tulis . mudah ja. guna jari. jari ada tulang. time part nak guna lidah. memang payah sebab dia tarak tulang. lembut.. sempoi tak alasan?


*orang yang payah nak meluahkan kata-kata ni bila dia cakap "word" tuh. that means she/he means it! so hargainyalah :)

p/s : ini luahan hati ka pa? -.-"

Thursday, January 19, 2012

si shoutbox ni boleh buat orang jadi gila!




apa sebenarnya masalah shoutbox ni? yang lama gua tukar sebab dah kena bayar bagai! gua baru perasan sebenarnya.haila!! nampak sangat pemalas nak mengadap benda alah ni kan.. tapi sejak dua menjak ni. tangan gua gatal ja nak update. oh ok la tuh kan? *cover !


tapi bila gua guna shoutbox ni pulak. gua tak boleh nak shout pun. maksudnya nak tinggal jejak ja tak kluar gua punya nickname. pe jadah? apsal ? gua nak penjelasan! oh tolonglah. gua buta woih bab ni .

gua nak blogwalking. gua nak blogwalking. gua nak blogwalking. gua nak blogwalking.

dengar tak? -.-"


Tuesday, January 17, 2012

suatu hari nanti

suatu hari nanti akan gua update dekat laman sosial  gua macam ni .


::5 orang dari kami sudah mendirikan rumah tangga. 3 orang sedang pregnant. 1 sedang menanti hari bahagia. hebat sungguh member2 gua. ::

gua harap selepas lima sepuluh tahun ni. badan masih begini.
acelly. sorang dari member gua ni memang nak kawin tahun depan! semoga bahagia D !


ni semua gara-gara sapa tah update fb letak gambar muda dia yang kurus kerempeng just nak bagi tau. member dia suma dah kawin! hahah.


Saturday, January 14, 2012

random question

sahabat gua ada bertanya pada gua pada suatu hari .



sahabat gua : kalau lu tengah kapel2 ni kan. satu hari lu rasa lu bertepuk sebelah tangan. apa lu nak buat ?

gua: maksud lu time dah kapel la. bukan zaman usha2?? kapel dah kan ?

sahabat gua : ye la..

gua: mungkin dia bukan jodoh gua. mungkin jugak Tuhan nak duga gua. mana tau.

"hati kita Tuhan yang pegang".
kita rasa sayang bila Tuhan yang wujudkan rasa itu. dan dengan kehendak- Nya sayang itu boleh hilang bila-bila masa saja jika Dia kehendak.


Wednesday, January 11, 2012

keputusan MUET 2011 bakal diumum khamis ini.

keputusan pun boleh bersifat siot .

pelajar yang mendapat band 5.

dengan hati gembira text la ayah beliau

" ayah! abang dapat band 5 muet ! :) "

ayah : apsal teruk sangat sampai dapat 5 ni bang!

pelajar yang mendapat band 2.

"ayah! adik dapat band 2 je :("

ayah : tak pelah.. adik da cuma kan. band 2 ok pa. next time adik cuba dapatkan band 1.

*kepada sesiapa yang hambik muet sem lepas. tarik nafas pepanjang. apa jua keputusan. terima seadanya. dapat keputusan damn jangan terjun bangunan. bodoh namanya.
ni gua wishhh sambil sembuq kat muka korang! bia kasi semangat sikit!

Sunday, January 8, 2012

SKYPE

adik gua yang lelaki dah ada account skype . maka selalu la gua duk skype dengan seisi rumah.
sabtu lepas, bila si abang sedang skype duk tenung borak2 dengan gua, datang la si bongsu, intan . dia nak jugak duk keluar dekat web cam . maka berlaku la pergaduhan manja. dan sudah pasti abang akan menang dan intan akan mengalah. macam la aku tak nampak betapa siapa salah. siapa betul.

maka bila berlaku kejadian itu. aku assume, rumah aku masih normal. orang nya juga masih seperti dulu.

kepada abang intan alang. laptop tu jangan dijadikan alasan untuk tidak belajar.

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!