Followers

Wednesday, December 31, 2014

#3 DIARI MENUJU KE RUMAH-NYA

sepatutnya next week dah berlepas dah.

tapi, 


ditunda atas sebab-sebab yang tak sempat aku tanyakan detail dekat ibu.


everything yang jadi ada hikmahnya. 


i know it babeh! 


ps: gap paper 8 hari dari sekarang! semoga aku tak lalai . sob!

Monday, December 22, 2014

#2 DIARI MENUJU KE RUMAH-NYA

perasaan?

teruja.

rasa bersyukur sebab tak semua orang boleh ke sana kan?

tapi

rasa takut. rasa kerdil. rasa tak sedia. rasa macam tak cukup sifat lagi.


aku ada 4 hari ja untuk fokus preparation sebab before tuh aku tengah final exam fever. 


now, semua benda nak tanya ibu, nak kena ada apa. itu ini. blablablablab



almaklumlah sebab aku ni jauh kat sini. everything tak tau apa . 


TIPS PRESENTATION FINAL YEAR PROJECT

jangan buat kerja last minute 

jangan jarang jumpa supervisor

practice bercakap depan cermin dulu. set masa. masa penting! terlebih kena potong markah!

last sekali,




jangan buat kerja last minute 

Saturday, December 20, 2014

#1 DIARI : MENUJU KE RUMAH -NYA

 
Bila ibu ayah berhajat nak pergi umrah  satu family.

jiwa melonjak! sapa tak melonjak kan

tapi nak pergi january tahun depan .

pikir balik. itu tengah minggu final exam.

dah lah time tu jadual pun tak keluar lagi.


berjiwa gelodak jugak aku.,

 tak berani nak janji sebenarnya . just hope!



then after a few month. bila jadual semua dah keluar. and aku hanya ada 4 hari je dekat rumah nak prepare everything.

wow! mencabar tahu!


and now pasport, suntikan, sain borang dah almost done.



Alhamdulillah :)

pray for me!

Saturday, November 8, 2014

DO NOTHING


memang kerja punya dateline kemain bertindan tindan

tapi

yang aku ni

kenapa relax sangat


eh bukan relax
 tapi tak tau mana nak gapai dulu

K


Sunday, October 12, 2014

BOYFRIEND SEKELAS MEMBOSANKAN?





boyfriend sekelas membosan kan? 

yes. 

bosan if,

bila kita dah set mind kita kata bosan. sumpah akan bosan.

dan cuba pandang secara positive girls and boys! 

1) sekelas ni kau dan dia akan berkongsi enviroment yang sama. means memang kau akan paham apa yang berlaku di sekeliling dia.

2) berkongsi kawan yang sama. so bagi aku tak timbul kes cemburu buta or sewaktu dengannya sebab kau pun kawan kepada kawan dia. and mereka semua tahu status kau dan dia

3) kau tak kan rasa tersisih or terseksa sebab time kau nak perhatian ialah time kau free kan?.. tapi dia duk busy. sebab time dia busy dengan segala macam asgmnt project kau pun turut sama terlibat. so memang tak ada masa dah nak tersisih. terseksa sebab kerja banyak adalah kot!

4) to me, bila sekelas ni. kesefahaman tuh lagi tinggi. sebab everyday korang akan hadap benda yang sama. kesusuhan yang hampir sama. and masalah yang lebih kurang sama. nak mengadap lecture yang sama.

5) bila gosip kan. kekadang bila boyfriend kita tak kenal pun orang yang duk kita potpet nih dia pun gigih la tadah telinga. tapi tak tau sapa. and if dah kata pun kawan kau kawan ku juga. so bila sebut jer nama sesapa terus dia pun alert . gitooh!

6) study. if kau kata susah. dia paham tahap susah tu. if kau kata senang and of course kau boleh ajar dia sampai dia pun kata senang subjek tuh.. nampak tak?

7) tahu schedule dia.

8) boleh membebel kat dia sebab tak datang kelas dan senaraikan kepentingan kelas itu dengan panjang lebar.

9) bebel (kasi nasihat) if dia tidor dalam kelas

10) dan sebenarnya bila orang cakap kalau tetiap hari jumpa ni akan bosan dan ada ke lagi topik nak bincang hari2? and gila ke hape guys! a lot of topic. just choose je babe!

nak cita pasal mh370?

politik?

gosip meletop?

studies?

nampak budak tolong makcik tua lintas jalan?

anything!


so to me. ada cara nak buat sesuatu tu jadi best tak bosan dan mengembirakan.

cuma kita ja kena jadi kreatif.

Sunday, August 10, 2014

JAUH




rasa jauh.

dekat tapi sebenarnya jauh.

rasa macam ragu ragu dengan "tak pernah tak... blablabla"

mungkin malam gini setan duk kiri kanan bisik benda mencarut hape tah.

and im totally hate this feeling.


tau dak pika, word rasa tuh adalah word pemalas. pemalas nak terus terang. pemalas nak cuba convincing.

penyakit jiwa mungkin? tolong sembuhkan. tolong.

Saturday, July 12, 2014

INTERN #1

dah nak sebulan rupanya aku intern.

punya lah tak terasa sebulan tuh. sebabnya sekarang pun tengah ramadhan.
siang kerja duk timbun. 
malam pulak pergi terawih. 
balik tidoq.
 bangun pagi sahur pi kerja.

 ulang ulang ulangggg sampai abis ramadhan! hahaha




Friday, June 20, 2014

KALAU DAH BENCI



tadi pagi semangat aku pergi post office. almaklum lama la jugak stop kejap bisnes tudung. 

btw. aku bukak instashop. jual tudung. so kalau free and lantaklah kalau busy pun. pi bukak instagram type FSQUAREHIJAB

beli banyak dapat free postage. 6 hinggit tuh aku kasi discount! 

                              ok. habis dah iklan.

gini. time tunggu post office bukak. adalah makcik nih umur dalam 65 tahun plus plus. ajak lah aku borak sambil tunggu pintu office tu buka.

nak pergi kerja ke dik?
taklah makcik .. ni dari rumah nih..
belajar lah nak ? 
yup. dekat melaka...
ohhh anak makcik ada belajar dekat universiti internasional #@$#@% 

*aku tak paham dia cakap unibersiti apa.*

anak makcik dia nak kerja welding paip bocor dalam laut nun..makcik tak setuju betul lah dia nak kerja gitu.. bahaya..
eh makcik gaji banyak tuh! 
banyak pun dik, nak buat apa. duk sana berbulan lepas tuh anak bini dekat darat ni duk canggung ja. ni ada sedara makcik keja itulah. duk laut sana berbulan bulan bini dekat darat ada skandal. ni dik makcik nak kata nih.. biar kita tak banyak duit dik, asal kita bahagia. 

aku pun senyum je lah. kata lebih kang... mhmm sokay =.="

next topic..

adik kampung mana?
negeri sembilan...
gaya cakap macam orang perak..
hahaha kawan bilik saya kat melaka sana tuh makcik orang manjong tu yang sesikit gaya sana tuh.. 

ni makcik bukan nak kata apa.. tapi ... orang negeri sembilan ni jahat nak.... anak makcik 2 orang kahwin dengan orang sana. sorang rembau sorang tampin. dedua jahat..
mak ayah saya ok ja makcik.. dorang dedua orang sana 
*senyum*
tak da la dik... makcik bukan nak kata apa.. tapi dorang tuh memang jahat. *3 4 kali ulang ayat nih* 
anak makcik tuh dia dah anak 5 orang bini dia halau. harta anak semua bini dia ambik. kendian yang anak perempuan makcik tuh makpak mertua dia bukan main alim, pi haji, imam masjid sekali pi hantar sihir..

ohhh.... 

then bunyi pintu besi post office bukak.. 

dan aku selamat!

dan sebabkan dua orang manusia yang dari negeri sembilan ni buat taik dekat makcik nih.. habis satu penduduk negeri sembilan dia cop jahat :(

makcik, 
kalau duduk memana pun dalam dunia nih, ada yang jahat ada yang baik, selagi setan tu ada. maka manusia pun ada ja berwajah setan. toksah la kita judge orang sama. no! 

aku rasa makcik tuh turn off bila aku kata aku kampung nismilan. agaknya time aku kata aku dari kangar portugal ke hape mesti dia nak calonkan aku dengan anak dia yang last ke kan? haha!




Friday, June 13, 2014

DEMAM BOLA

time final ni lah world cup start. 

sebagai seorang yang friendly kena lah ambik tau. kang time borak dengan orang, orang borak pasal bola tak kan nak krik krik kan? 

ps: sampai sekarang tak decide nak sokong team apa. 






DEMAM PEPERIKSAAN.

paper baru settle sebijik.

tapi dia punya frust tuh Tuhan je tau

ni nak settle lagi 4 paper bederet pulak tuh. 

dah la semua aci nak killer semendang !


*habuk masuk mata *


memang habit ke hape time busy tension stress baru ADA masa update dalam sini? 

k

Wednesday, June 11, 2014

TRUST


susah kan kita nak bina kepercayaan balik?

bila rasa macam everything that u have done to me buatkan segala benda yang akan datang ni macam penipuan.

bila tah nak terus terang? 

kekadang apa yang kita buat tu kononnya pada fikiran kita memang betul . tapi tak kan tak pernah fikir implikasi nya? 

bukan nak kata sebab satu benda minded terus blowing. 

tapi. lumrahlah.

aku manusia jugak. lelagi jenis simpan dalam hati. 

ingatlah. kawan tu kawan jugak. tapi everything adalah limit dia. 

hormat privacy orang. jangan rasa macam everything awak boleh buat ikut suka awak 

jaga hati kawan. dia pun ada jugak rahsia yang tak nak kongsi. 

tak kan lah dah segala benda privacy awak nak selongkar. for what?

your not her/his mom kan?

ps: Tuhan nak duga. sebab dia nak tengok sejauh mana kita mampu tahan. sejauh mana kita bertahan. 
gitooh! 


Monday, May 12, 2014

bila  kita akan mudah terasa hati?



bila kita harapkan sesuatu dan kita tak dapat apa yang kita nak




bila kita tengah demam. 


Wednesday, May 7, 2014

KISAH TIGA HARI DAN YES! SELAMAT DEWASA !

4 MEI 2014

aku rasa aku dah perlu start menaip kot. menaip untuk kisah kekasih hati. memang setiap tahun awal bulan mei sejak bermenjak nih. dah jadi perkara lumrah. aku singgah kejap dekat sini. acah acah luahkan perasaan. tapi aku tau. penghujungnya. aku yang bebel lebih. takdak isi mana pun. and yang pasti yang mudah terhibur dengan entri aku. hanya dia. yes awak! 

hai awak, 
jarang jugak bahasa kan diri awak tuh awak.
*kah! tak paham sudah*

ok. kita kenal dah lama. awal awal dulu, kita mungkin tak paham and mungkin cuba nak paham. apa kelemahan kelebihan memasing. cuba nak serap apa yang perlu buat jika waktu genting. jika waktu kita yang perlu perhatian*geli* jika waktu kita yang gatal nak merajuk yang penting jika waktu kita tau itu salah kita.

how to handle?
u know me well. after few years. yes. 

yes. well done. u did the great job!
everytime. 

thanks. 

5 MEI 2014 

petang dekat melaka hujan! seisi melaka ni rasanya mengucap kesyukuran. kalau idak panas dia ... kemain!
saja nak bagitau.

topik hari : beza aku dan muizz

banyak sebenarnya.
first, aku rasa selalunya kalau duk follow twt_wanita twt_lelaki ke twt_cinta ke hape kat twitter sana. mostly drg akan bentangkan fakta yang daya ingatan wanita bab benda remeh macam nak ingat tarikh relationship nih lagi power dari lelaki.

dan beza nya sekarang. muizz lagi power. banyak benda. aku ni kengkadang hari ni kata nak buat something itu ini . esok aku lupa. *ke aku yang memang banyak sangat makan semut nih?*

tapi itulah. kalau orang kata " anniversary " tetiap bulan tuh mengingat satu tarikh. mostly yang ingatkan beliau lah! er i know macam like hek eleh right?
but it just an example.
bukan apa. ini adalah fakta yang boleh menidak kan fakta yang orang percaya perempuan lagi power bab ini.

ps: time tahun before nih dia ajak aku tengok game liverpool malam birthday dia. dan liverpool kalah. malam ni pun ada. hopefully dia tak ajak aku!

6 MEI 2014

dia kata ke aku, pukul 2 pagi dia lahir. so aku pun wish je la pukul 2 pagi. pagi baq hang!

so HAPPY BIRTHDAY wahai Abdullah Nur Mu'izz

semoga tahun tahun akan datang sampai dunia pindahkan aku. aku mampu tersenyum dan wish seperti sekarang. seperti biasa.

umur makin meningkat. tanggungjawab makin banyak. dan kompemnye la banyak benda nak pikir.
so banyak kan berdoa. istighfar.
solat awal waktu.

dengar lah selalu i bebel.

eh?

but, sorry wahai seorang muizz, hari ni seorang shafiqa busy. moh le kita sesama busy!

like always.

I HEART YOU.


and kepada warga utem, terutama nya yang berhampiran dengan kampus industri mai meramaikan majlis famesa festival bermula hari ini hingga jumaat.

aku take part. jual tudung.
nak tengok tudung pi instagram search : fsquarehijab





Monday, April 7, 2014

SANGAT RELAX




test baru settle 2 subjek. dia punya rasa lega macam tuh la final exam punya final year.

padahal baru tahun 3.

k


lepas cuti sem ni ada lagi 2 test. tambah lagi bermacam segala haram j benda nak kena hantar. 

dan aku. kemain relax dekat rumah nih.

tempat intern pun tak cari lagi. padahal lagi 7 hari tamat tempoh nak cari tempat intern,

sedih tu sikitlah. kental tu ja over sangat.

mana nak cari semangat tah?

Wednesday, March 19, 2014

POWER


when someone suggest kan ke aku

kalaulah aku power.
 walau aku marah terasa hati ke orang itu macam mana sekali pun kadar kemarahan terasaan hati nya. 

aku still boleh act like nothing .
gelak. borak macam tarapapa 

ha ha ha cengitu.

macam takdak hurt feeling

engkau tau tak payah? 

haish. 

mengeluh takdak bunyi ni better than buat bunyi sampai diri sendiri annoying

haish haish haish 

tiga kali tu kira lega sikit.


thanks terompah pecah. memang engko nih waktu susah and kekadang time happy ja aku cari engko. 

jangan tacing.

nanti engko terompah pecah sepesen je dengan aku.

tacing lebih.



ps : HAPPY BIRTHDAY NADHIRA FATHIAH ! ME LOVE YOU! 





Saturday, January 25, 2014

SELESA.


makin meningkat usia. 
baru aku sedar 

aku bukan kuat mana pun

sebab aku tau ada seseorang yang akan datang memujuk

ada orang yang akan bantu aku bangkit

ada orang yang akan kisah pasal aku. 

pause. senyum.

oh, mungkin ini terlalu selesa.

Tuhan, tolong jangan tarik nikmat ini. 
nikmat aku punya seseorang. 

amin.

Sunday, January 19, 2014

MAIN GILA -LEJEN PRESS


Finally ! habis jugak aku baca buku main gila by lejen press nih 
sebab kan busy baq hang aku duk hold buku ni and finally waktu sem break nih.
dengan semangat jitu dan kepoyoon nyata. 
sedang aku beratur menunggu giliran nak ambik bantuan khas persekolahan adik aku
settle jugak akhirnya aku baca buku nih sampai habis.

HABIS. 

komen aku. 
sebabkan ini adalah cerpen pendek. so kau boleh buat relax ja nak baca 
sebab tak payah nak tension sangat. setiap cerpen bukan ada sangkut paut pun
and banyak unsur "tak percaya macam itu endingnya" wujud dalam buku ni

kata pun main gila

engkau kene paham. 

cerpen pertama oleh aisa linglung pun kau dah boleh nganga geleng kepala, 
dan tentunya kau tak kan sabar nak baca cerpen ke dua ketiga belas. 

tapi sebabkan aku busy. aku penyabar.

baru sekarang aku habiskan. 

tu pun aku sorok buku ni bawah meja sebab takut aku tergoda pi baca buku ni.

gigih betei aku! 

dan sebabkan semua drama dah based on novel cinta hape hape tuh. so takyah dah beli buku cinta itu. hangpa beli ja buku cengini. mengalkali kan sikit kepala otak memasing yang duk ada asid layan buku kahwin paksa itu.

ok . habis review. 

PS: saja nak kata . budak utem disini baca buku lejen! 

BALAS KOMEN DI SINI,


bisik hati ku padamu
mengapa ia bertanya
apakah diriku mampu 
mampu menjadi milikmu

selalu jugak soal jawab dengan diri sendiri. dengan perangai yang sukar nak jangka nih. rasa tak layak ja sometime. 
kekadang sabar awak buat saya rasa loser nya nak jadi yang terbaik. 
cis! emosi pulak! 

tapi yang pasti 

aku mencinta dirimu 

tanpamu disisi ku
hidupku tak bererti


yeah!

ps: ni kalau mak ayah baca ni mau dapat label gatal nih. ciskek!
pss: to u, ni ha sambungan dia! kang komen dekat sana banyak pulak like. like hek eleh ! 

Friday, January 17, 2014

GADIS JOLOBU - WARIS FT HATTAN



adik adik aku pakat ulang lagu nih. sampai time tengah memerut pun boleh pulak lagu ni main dalam kepala otak. 

berhantu betei! 

Wednesday, January 15, 2014

LITTLE BROTHER AND SISTER


dah start cuti sem *say yeah*
sejak aku angah alang dah duk merantau mencari ilmu nih maka tinggal lah my little brother and sister yakni abang and intan.

perubahan ketaranya, mereka dah boleh take over kerja rumah . baguih! 

dulu nak tengok dua orang nih nak sapu sampah,sidai baju memang takkk lah! ada kakak kakak kan....

tapi perangai abang yang tak nak basuh pinggan tuh still tak berubah dan intan akan membebel sebab dia lah yang take over basuh pinggan. kahkahkahkah! 

tau pun rasa bila baru je nampak sinki kosong and tetiba penuh balik. hahaha

a good start to them untuk belajar berdikari.

tapi

elok ja aku ada dekat rumah dorang menjadi prince and princess balik

ciskek punya adik adik! 

ULASAN SELEPAS.





aku punya paper final kali ni aku tak rasa macam nak kecewa dan tak rasa happy benda pun dan tak nak target pape.

dan dengan malasnya nak check smp. 

nohtah.

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!