sejak 2 menjak ni.. aku perhatikan.. dunia lebih menghargai wanita..
banyak yang mereka tawarkan khas untuk wanita..
baru-baru ni heboh mengenai koc waniat yang disediakan oleh ktm..
then,, aku wat research sikit..
rupa2nya,koc wanita ni dah dipractickan dinegara luar..
memandangkan ktm dah sediakan perkhidmatan ini..
aku harap sesangat yang xde la laki2 yang degil.. wat donno..
pasal hal ini..
banyak sebenarnya kelebihan koc wanita ni...
antaranya:
xkan ada aksi himpit menghimpit diantara lelaki dan perempuan..
dan kompem xde la aksi2 nakal dari kaum adam ini..
peraba2 akan garu kepala..
kaum wanita pun akan rasa selesa..
ni lagi satu.. kalau para2 ibu yang membawa anak kecil yang mahu disusui..
mereka pun leh lakukan dengan selesa =)
betapa bagusnya koc ni...
ps: terasa macam dah basi jer post ni..
aku tak kira nak publish gak,,
sebenarnya dah lama x naik ktm ni..
dulu time kat ttj dulu time nk blik umah mmg naik ktm..
susah tambah x selesa sebenrnya bila kene berhimpit dengan laki2 ni..
terutama dgn bangsa asing.. kalau bau sedap + good looking xpe gak..
nih bau macam hampeh jer(pinjam ayat ayah)..
wekkkkkkkkkkkk :p
tapi... sebabkan cite ni dah basi so aku nak tmbah sikit...
pasal wanita gak.. hehhehe
"HANYA untuk wanita. Itulah keistimewaan golongan wanita yang
menginap di Ladies Floor, tingkat 12, Hotel Thistle Johor Bahru.
Ladies Floor direka khusus bagi memenuhi keperluan pengembara wanita.
Jika mahu berteman, mereka boleh meminta pengurusan
menghantarkan ikan emas sepanjang tempoh menginap di hotel ini.
Seperkara yang menarik, kakitangan bertugas di tingkat ini juga wanita.
Ia menjaga privasi tetamu terutama jika mahu mengadakan
parti 'slumber' untuk golongan hawa sahaja.
Rona lembut melatari bilik di Ladies Floor membangkitkan suasana damai.
Jika diamati dari dekat, tetamu dapat melihat motif kuda kepang yang menjadi
warisan tradisional masyarakat Johor menjadi hiasan kusyen dan hiasan kaki katil.
Ia antara ciri unik hotel jenama antarabangsa yang sentiasa menerapkan identiti tempatan.
Memahami sebahagian tetamu wanita terdiri daripada pengembara bisnes,
tetamu tingkat ini dibekalkan masker untuk menyegarkan bahagian mata
yang keletihan dan pilihan empat jenis teh untuk memastikan mereka
mendapat rehat secukupnya sepanjang berada di hotel ini.
Setiap unit penginapan di tingkat ini juga dilengkapi penyental
badan untuk mereka yang mahu memanjakan diri lebih lama apabila mandi.
Tetamu boleh menyarung persalinan ala Kimono musim panas Jepun atau
Yukata untuk suasana lebih santai.
No comments:
Post a Comment