Followers

Thursday, May 6, 2010

HAWA

Hawa,
andai engkau belum berkahwin, jangan ko risau 
akan jodohmu. ingatlah Hawa, janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
jangan mengadaikan maruah hanya semata- mata 
kerana seorang lelaki. jangan memakai pakaian 
yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik 
perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing
hatinya tetapi merangsang nafsunya.
oleh itu Hawa,
jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. andai kata ditakdirkan tiada 
cinta  daripada kaum Adam untukmu, cukuplah sekadar cinta Allah
menyinari dan memenuhi jiwamu. biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buatmu. cukuplah sekadar 
cinta adik neradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. 
cintailah Allah dikala susah dan senang kerana engkau akan 
memperoleh cinta dripada insan yang mencintai Allah. 
cintailah kedua ibubapamu kerana engkau akan 
memperoleh keredhaan Allah. cintailah keluargamu kerana tiada cinta 
selain cinta keluarga.



No comments:

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!