pulak dah...
baca lanjut kat sini
--------------------------------------
KUALA LUMPUR: Golongan pengkid kini dijadikan sasaran utama sindiket
pelacuran murahan bagi memenuhi nafsu serakah lelaki miang
berusia 50-an yang dikatakan ingin mengubah selera kerana sudah bosan
dengan tubuh wanita.
Selera luar biasa lelaki hidung belang itu menyebabkan pengkid terbabit sering
didekati bapa ayam bagi menawarkan pekerjaan sambilan itu.
Mereka ini yang ramai bergerak dalam kumpulan di Chow Kit berhampiran
stesen monorel, sering didekati bapa ayam yang berkeliaran di kawasan itu
untuk menawarkan pekerjaan dengan bayaran tertentu.
Biasanya, mereka ini menggunakan istilah baru iaitu ‘mau jual emas’
apabila mendekati pengkid terbabit. Jika bersetuju, pelanggan sudah
sedia menanti di hotel murah berhampiran.
Pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 24, mengakui pernah
ditawarkan seorang bapa ayam untuk melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.
“Saya terkejut apabila disapa sebegitu, mulanya saya tidak mengerti
apa maksud sebenar, apabila saya bertanyakan, lelaki itu berkata mahu
tubuhnya dijual atau tidak. Selepas itu, saya mengerti ‘emas’ membawa maksud kemaluan.
“Jika bersetuju, saya akan dibawa ke hotel murah dan diberi bayaran seperti dijanjikan,” katanya.
Menurutnya, bapa ayam terbabit sering berkeliaran menggunakan
motosikal di lorong kecil di belakang hotel murah di Chow Kit untuk mencari penjual ‘emas’.
“Saya pernah melihat, seorang pelacur berusia 40-an menunggu
pelanggan di dalam kereta dan berlaku sesi jual beli ‘emas’ di situ
dan selepas itu mereka terus ke hotel murah berhampiran,” katanya.
Sambil menceritakan pengalamannya itu, Man yang dulunya pernah
bekerja di sebuah kedai di kawasan itu, kerap melihat pelanggan keluar
dan masuk hotel murah berkenaan yang dijadikan sarang pelacuran.
“Lebih mengejutkan, kebanyakan pelanggan berusia 50-an yang
begitu menginginkan tubuh mereka dibelai pengkid, saya rasa mereka
sukakan golongan ‘ganas’ seperti kami,” katanya.
Tinjauan Harian Metro selama dua jam di hotel yang dimaksudkan
Man mendapati ia dijaga rapi beberapa bapa ayam.
Difahamkan, Man yang berasal dari Pahang ini menyifatkan lelaki veteran
ini lebih cenderung memilih pengkid kerana beranggapan golongan sepertinya
lebih selamat daripada penyakit berjangkit seperti HIV berbanding golongan
pelacur yang kerap bertukar pelanggan.
“Saya pernah bertanyakan salah seorang warga emas itu kenapa mereka
lebih memilih golongan sepertinya, dia berkata pada usia emas ini, mereka
sudah bosan dilayan wanita yang bersifat kewanitaan dan mahukan
layanan ‘ganas’ dan lain daripada biasa,” katanya.
Man yang ditemani seorang lagi rakan pengkidnya, Zack, 21,
turut mengakui pernah ditawarkan layanan seperti itu, tetapi menolak
kerana tiada hati pada golongan lelaki.
Zack yang berasal dari Terengganu, berharap pihak berkuasa
dapat melakukan sesuatu untuk membanteras aktiviti tidak
sihat ini daripada berleluasa selain menyelamatkan pengkid lain
daripada tersasar jauh.
-------------------------------------------------
pandangan aku la kan...
aku rasa makin lelaki tu tua makin menjadi2 gatal dia..
bukan yer tak de bini kat rumah.. yang halal lagi..
kenapalah buat maksiat.. yang kompem dosa besar..
tak takut neraka ke pakcik..
ps: saya sayang ayah saya... so wahai ayah anakmu ni sentiasa doakan
agar ayah tidaka akn pernah terjebak dengan benda ni..
aminnnn...
pss: aku tak berani nak letak gmbar real,, even td aku google.. blambak gler
leh ak tayang kan kat sini.. tapi x mau ler...
hehheheh...
de yg kene saman kang...
No comments:
Post a Comment