Followers

Monday, May 10, 2010

pacat

SUMPAH!! aku takut pacat dan apabila seseorang tu takut pacat
automatik dia jugak takut lintah =p

tengah usha2 pe yang de kat news paper ari ni,,,
aku terbaca la camne nak elak gigitan pacat




"Cara paling mudah untuk mengelak gigitan pacat dengan memakai stokin 
atau seluar panjang menutupi bahagian bawah badan. Anda boleh 
melumurkan kaki dan tangan dengan minyak panas atau minyak cap kapak. 
Jangan terlalu takut terhadap hidupan ini kerana ia tidak menyebarkan 
jangkitan dan hanya menyebabkan kecederaan kecil. Anda tidak akan terasa 
digigit kerana ia menyebarkan anestetik apabila ia menghisap darah."


then kat situ gak de cara2 tuk alihkan pacat dri badan kita..
(serius .. ak tgh membayangkan saat2 aku menjerit sambil memeluk
erat yang amat kat arwah nenek aku sebab pacat lekat kat kaki)
geli nak mampus!!!!

ok2.. tenangkan diri.. meh kita belajar sesama...


^* Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
^* Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit.          Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
^* Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.
^* Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.
^*Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.
^* Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.





  •  ps:ok... evan ak dah baca cara2 ni pon.. aku still fobia... =p
  • No comments:

    tinggal jejak je.. jangan kentut!!!