Followers

Monday, May 17, 2010

tiada duit untuk bina masjid di new york???


tiada duit nak buat masjid?? 
aku sedih Islam terus ditindas..
"NEW YORK - Cita-cita masyarakat Islam untuk membina sebuah pusat kebudayaan dan agama termasuk sebuah masjid yang bernilai AS$100 juta (RM319 juta) di sini menemui kesukaran kerana ketiadaan wang tunai yang mencukupi, lapor akhbar New York Postsemalam.
Persatuan Amerika Untuk Kemajuan Muslim yang mencadangkan pembinaan pusat itu mempunyai aset kurang AS$1 juta (RM3.1 juta).
Individu yang berada di sebalik tabir pembinaan masjid itu ialah seorang imam, Fesial Abdul Rauf dan isterinya, Daisy Khan.
Menurut satu kenyataan ringkas mereka, usaha bagi mengumpulkan dana masih belum dilakukan.
Pusat itu akan menggantikan sebuah bangunan kilang lama di 45 Park Place yang terletak dua blok dari tapak runtuhan bangunan World Trade Centre (WTC).
Bangunan WTC runtuh dalam serangan pengganas melibatkan dua pesawat yang dirampas pada 11 September 2001. - Agensi"
ps: kat Malaysia nih.. masjid memang banyak.. indah.. tapi sayang.. kurang sinarnya apabila hanya segelintir jer yang datang untuk menziarah rumah Allah ni...

No comments:

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!