apakah maksud statement ni??
diulang sekali lagi..
WANITA JELITA MEMBAWA PENYAKIT??
apakah???
aku terbaca kat satu akhbar ni..
ni aku copy teh dari sana untuk santapan ilmu bersama...
LONDON: Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda.
Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama
dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.
Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka.
Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan
dengan penyakit jantung.
Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada
mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.
Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama.
Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal
bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.
Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu,
tahap kortisol mereka meningkat.
Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap,
bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi
bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.
“Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana
beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan
tindak balas hormon.
“Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan
sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.
Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil.
“Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti
menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi
adakah yang ini membuat kan paras kortisol lelaki meningkat??
ATAU
yang ini?????
renung2kan........
No comments:
Post a Comment