Followers

Monday, December 31, 2012

MERAJUK

hai . assalammualaikum semua orang ! 

penghujung 2012 sudah. blog ni pun semakin pemalas nak update. satu  benda yang tak best kan? pemalas. teruknya awak ! 


abaikan.


aku sebenarnya tetiba nak menulis sebab time buat past year question numerical method. tetiba aku terbaca retweet tweet orang pasal perempuan mengajuk.

nampak sangat tak fokus.

bagi aku.
perempuan mengajuk ni boleh datang dua benda dalam otak kita.
satu : comelnya!! satu lagi : yaks. mengadanya ! 



see? satu positive. satu lagi negative kan?

so conclusion. jangan nak mengajuk sangat lah. =,=


tapi awak semua. perlu sedar. perempuan ni sifat dia lembut. mudah terasa. 

hey ! perempuan yang keras rock rock tuh kot diusik pun boleh mengajuk tau! 

some time mengajuk ni sebab nak perhatian ja. 

nak tengok apa effort awak semua untuk hilang kan mengajuk tuh. nampak? 
tak susah pun. 
pujuk lah. 

boleh mengeratkan lagi relationship tu apa ? kan? 

nampak orang yang awak semua sayang senyum balik. nikmat dunia kan? tak best ke? 

senyum.

tapi aku pun jadi jelik kalau tiap hari nak mengajuk.


jadi perempuan yang hebat kene la pandai control perasaan. jangan perasaan yang control kita. 


make a move girl! 2013 tahun kurang mengajuk. boleh ? 


salam 2013 . muah !




Saturday, November 24, 2012

pulangkan cik terompah yang dulu. please?

somehow. walau macam mana pun aku nak rasa kuat. mesti sometime aku jatuh jugak. 
entah, 
adat mungkin. tak selamanya rasa diri kuat indah gembira . ye dak?
dan sangat klise orang kata "perempuan sifatnya lemah" mungkin.

dulu orang aci kutuk ngata aku aci bolayan kan aja. tapi sekarang, tisu pulak jiwa aku ni. mudah betul terasa. 
teruk.
dulu shafiqa ni always mengadu. susah nya nak keluar air mata. but now, dia ni superb mudah nak leleh.
why pika? 
aku nak shafiqa yang dulu ! *jerit gua dalam hati. 


letih nak mengeluh sengsorang. letih jugak nak hadap pertanyaan orang 
"pika ko ok?"
selalunya aku akan kata "ok je la! muka macam x ok ke? -.-" kendian aku tambah "hahaha" dipenghujung ayat. 

nice punya hipok aku kekadang. 

sebenarnya aku tak tau nak jawab "kenapa" kalau aku cakap "x"

tu ja.
 

Thursday, November 15, 2012

KENAPA BUAT BLOG TAPI TAK RAJIN MENULIS?



tak adil tahu?
engko rajin dulu kemain semangat nak buat blog.
yelah .
member sebelah katil duk gelak-gelak blogwalking . tapi engko terjenguk-jenguk. nak jugak kan macam member sebelah katil.


blogwalking? apa tu?
blogwalking time zaman tu pun engko tak tau apa. ye idak? tau pun lepas member sebelah katil engko terangkan.

dah pandai blogwalking . teringin jugak nak komen- komen. mesra-mesra gitu. tapi engko takdak blog. tak kan nak guna account email . tak pun jadi anonymous sahaja . kamon ! tak matcho gila! entah-entah komen engko tuh boleh dapat tarik awek? tak sesal pulak?
jadi engko semangat buat blog. then ramai orang datang blog engko. hebat engko zaman itu.
engko digelar bloggerfamous. wow! wow! kemuncak !

tapi hari berjangkit hari.. engko makin malas update entri barang satu pun. follower ko pun dah muak dah bukak blog ko. tapi haram J pun engko tak update.

tak adil kan?

ps: nasib baik gua bukan bloggerfamous. so gua kira dimaafkan lah .



Monday, October 29, 2012

SAYA DAH JADI ALUMNI UTEM !

salam muhibah kalian semua.
apa kabar? sehat dak ?

*pembuka bicara mestilah Setail orang yang ada title alumni.

nway! Alhamdulillah.. syukur yaAllah!

*senyum*


jutaan terima kasih kepada ibu ayah adik adik semua yang sentiasa doakan along :) 



thanks anda semua yang berjuang bersama . tempuh waktu belajar. gelut nak siapkan assigment report presentation dalam masa semalam. hebat tahu kita ni ? 
thanks jugak sebab wujud dalam cerita hidup aku. moga kita kawan sampai mati. :)


ps: bunga ros boleh tahan seminggu rupanya ! 





Wednesday, October 17, 2012

FORMULA VARSITY 2012 UTEM

tak salah kalau nak sambung sikit pasal formula varsity. sebab apa? sebab jiwa bangga tu still flow dalam jiwa tahu?

sebab kan si muizz semangat pegi ambik gambar hampir semua keta. so nak jugak la gua kongsi.























ps1 : acely aku nak type sesatu kete ni sume datang dari mana.. tapi ada yang aku tak tau . so nak jaga hati sumerang. better tayang gamba je kan.

ps2 : aku pelik jugak. why UTM atau universiti yang lejen lain apsal tak join. nak gak aku tengok dorang ni punya style skill kan? 

Saturday, October 13, 2012

FORMULA VARSITY UTEM 2012

event ni berlangsung selama 3 hari start semalam , 12hb oktober hingga lah esok 14hb !

so jom semua ! ramaikan mimc tuh ! like seriously kehangatan dia sangat lah terasa

ada 36 kereta yang akan berentap esok dari ipta dan ipts seluruh malaysia! hey kamon ! jom guys !


gua sama teman2 akan ada dekat starting line jaga jadi manual reader ...


so kepada sesapa yang nak rasa ada kenangan.. ada booth yang jual baju rasmi formula varsity ! hey ! ada banyak jenis kot ! so dapatkan ! event ni 2 tahun sekali je kot ! tak rugi ! 

dan ini adalah wakil fkm utem ! so semua ! jejaga semua esok  ! hewhew! *angkat kening gaya juara *




ps: rasa rare plak letak 3 gambo dalam 1 entri. selalu sebijik ja. tu pun bukan gambo sendiri. -.-"

Thursday, October 4, 2012

JUMAAT PERTAMA OKTOBER 2012





*pause*

bila memandang gambarmu
hatiku rasa terharu
senyuman dibibirmu menawan kalbu

*tarik nafas*

kadang kadang kita ni kan. suka komplen itu ini.. tak puas hati la. dia ni tah apa apa. orang tu tak cantik lah. pakcik tu bodoh la apa. perangai ko tak senonoh la. member kuat membazir la apa..


tapi kita tak sedar ke kita pun macam mereka. manusia. tak pernah nak sempurna.
duk elok kita kutuk tak puas hati. Tuhan tarik rezeki kita macam mana?

kita suka ke dengar orang kutuk kita? tak kan?

*pause*

kudampingi mu oh sayang
hatiku berlagu riang
teringat malam dan siang
bertambah sayang

*mengeluh*

Ya Allah.. aku tau kekadang aku pun macam tuh.
 insaf.
 maafkan aku..


ps: aku tau lagu background entri ni tak masuk pun. so maknanya. hati kelain. tangan ke lain. cet !



Friday, September 21, 2012

BULAN SEPTEMBER



bulan ni aku belajar banyak benda . pengajaran. muhasabah diri.

macam mana nak tenangkan hati nak hadap benda yang sukar, yang tak pernah terpikir dekat kepala ni pun yang  it happen to me!
hey ! aku dengar member aku cita ja. now jadi dekat aku? what the?? -.-

benda dah jadi. boleh patah balik? macam kelakar boleh patah balik .

solution. hadapkan aja cerita hidup tu. jadi kan pengajaran.
gaya macam mudah kan? tapi.... diri sendiri sama Tuhan je paham macam mana gaya nak "hadapkan saja" .


lagi satu pasal nak buat keputusan. sumpah aku tak tau la kenapa aku dilema sangat! maybe terbawak masalah yang dekat atas kot. so bila nak buat keputusan, jawapan tu seakan terapung apung macam tu aja. tak tau nak capai yang mana. paham ?

kesudahan. bila datang masa nak buat keputusan. aku pejam mata. pikir. dengar apa kata hati terakhir kendian, decide.

aku harap semua benda ada hikmah. pada aku. pada dia. pada sesapa.

#np wake me up when september ends



Monday, September 17, 2012

DEGREE



3 tahun lepas. gua datang melaka sebab nak daftar untuk diploma gua.

3 tahun kemudian. gua settle diploma. ya, alhamdulillah.

now.. gua kembali ke melaka. mau berjuang untuk segulung ijazah !


gua harap 3 tahun akan datang gua akan senyum mengengam ijazah pulak !


aminnnn !!

ps:hai melaka. awak makin panas sekarang.



Friday, September 14, 2012

OHSEM itu AWESOME!

kalau kita boleh sorok masalah kita depan orang. memang ohsem!

lagi tambah ohsem kita boleh tukar mood rabak tuh kepada mood yang "nothing happen" bila kita lepak dengan member-member.


bonus mark diberi kalau member kita tak perasan pun kita tengah rabak!

dan

lagi tambah ohsem bila kita dapat memaafkan orang dengan harapan dia tak kan ulang lagi kesalahan tu.

sila jadi ohsem. silalah!


Wednesday, September 12, 2012

KECEWA



ya. aku kecewa. 

kecewa dengan diri sendiri. teruk rasa dia. tak tipu. teruk sangat.
kecewa dengan situasi. 
kecewa dengan awak. awak ............. urmm tak pa lah. 


nak aku luah?
nak luah ke sapa?
aku rasa macam bodoh ja luah kecewa yang satu ni ke sapa sapa manusia. 

mudah kan sebut sorry?

jom nangis! 


Monday, September 10, 2012

TALI PINGGANG . LIPAT DUA



baru gua tersedar badan gua makin susut. seingat gua time 3 bulan duduk rumah ni gua takde la pulak diet mogok tak makan. tapi agaknya sebab gua ni pergi kerja 2 bulan macam nak gila sampai makan pun gua ambik ala kadar je sampai ayah gua kata 

"along ni kerja 2 bulan tapi ibarat kerja 4 bulan"
*bunyi cengkerik*

tapi bila selamat je gua jejak melaka. bebudak ni kata gua dah susut. gua jeling cermin. 
oh emm gee!! 

gua tak tau macam mana boleh jadi macam ni. 

seluar jeans dah kene pakai tali pinggang. gua punya letest jeans pun kene pakai woi ! padahal gua beli time pose hari tuh. 

ni kalau pakai baju kurung kain pun pakat lipat dua jugak. 

 
dah . merapu apa entri gua ni. sebenarnya gua nak cakap. 

"alhamdulillah. gua dah kurus. "

gua harap biarlah kurus tu sebab benda positif bukan kerana benda bawa sakit.



Saturday, September 8, 2012

GEDEBUS






gua sebok kata gua dilema. gua buntu nak pilih . gua dah bebel kemain . tapi gua still kat sini., gua still menung. takda tindakan. gua malas nak pikir. kejadah kan? 






Thursday, September 6, 2012

HADIAH BUAT YANG TERISTIMEWA



since aku baru ja sambut birthday aku. tak salah kalau akal aku tetiba datang idea nak menaip pasal hadiah.

aku tau ramai ja google pasal

"hadiah yang sesuai untuk kekasih " "hadiah apa untuk ibu" "hadiah yang sesuai untuk lelaki" tak pun untuk perempuan ? kan?

tu tahap buntu dah!

bagi aku kalau nak kasi hadiah biarlah benda yang jadi kesukaan dia. jangan la terlalu tipikal. macam dalam internet cakap kalau kasi bunga dekat awek nampak romantik gila . padahal awek tuh alah la gila dengan bunga. guane?

so biarlah simple ja. tapi bermakna.

macam buku. gua suka buku. kendian lu kasi buku. tak buat gua terharu.
tapi kalau lu kasi buku kat awek lu yang tak suka buku. kejadah dia?

tu la satu point penting yang perlu awak semua tak kira la nak kasi siapa pun. yang penting ikhlas. bukan paksaan. tahu?

yang paksa merengek minta cokelat tu. ko kasi ja cokelat doplohsen. kompem diam dia.


DUA PULUH SATU TAHUN . LAYAK MENGUNDI

tanggal satu hari bulan sembilan tahun ini.. dengan rasminya aku sudah diketegorikan layak mengundi.

geleng kepala.
ah. abaikan benda politik . taknak cerita pun .
----------------------------
"happy birthday to me" !!

bahagiakan? bersyukur sangat.masih bernyawa. masih boleh tersenyum. masih sihat. masih ada orang sayang.
terima kasih yaAllah.

hadiah? hehehe. gua pun dapat hadiah uolls!

beberapa bulan lepas . aku sesaja ja buat lawak dengan ibu.

" besday along nanti kalau ibu kasi seset body shop punya minyak wangi tu ok gak kan bu"

then that day ! guess what !


terjerit gua! terharu ! thanks ibu ! thanks ibu ayah sebab susah payah jaga along. kandung along sembilan bulan.belai didik sampai dah besar panjang boleh bawak keta. -.- nasib baik along pesen tak nakal kan? haish haish

---------------------------------
then dulu aku ingat lagi *tapi dia ni kata dia tak ingat. ye la tuh . err

aku kata " macam nak beli buku murtad tu la. orang sume cakap best"
dia kata " buku apa? buku apa?"
aku kata " takde pe la. kang tak memasal u pegi beli . abaikan. u tu bukan boleh duga "

then semalam.


haaaaa. sebatalion chocolate, biskut chip, cd kopi , novel hilang dan novel MURTAD uollls!

again. speechless. dia suka betul buat aku macam ni.  terharu lagi.
 senyum. senyum lagi.


yes. i love both of u. :)

Tuesday, August 28, 2012

ENTRI SEKALI SETAHUN. -RAYA-


hai hai ! selamat hari raya semua ! hoi hoi maap zahir batin !



benda paling susah dalam hidup bila keliru dengan emosi sendiri - afifah



Thursday, August 16, 2012

PENDAM

aku ni kekadang bila datang nak kasi nasihat dekat orang aku suka suruh dia luahkan segala yang terpendam. bagi ja tau apa masalah. everything will be ok kalau engko luahkan segalanya. hati ko akan rasa ringan kemudiannya.

mudah kan nak nasihat orang? tapi tak mudah nak buat , kan?

yes. setelah di amati oleh aku sendiri. aku juga seorang pemendam perasaan. sangat memendam. sampai satu tahap kekadang aku boleh tertipu dengan diri sendiri. kekadang menipu diri sendiri agar segala yang aku rasa tu boleh diabaikan . *hebat jugak aku ni*


engko ingat mudah ke nak luahkan. sebab kekadang bila aku monolog sendiri pun aku rasa susah nak luahkan. ego dengan diri sendiri. woi ! ini sumpah kritikal. 

aku nak nangis. nak sangat. tapi susah babun nak keluar tetiba.  celaka betei!

kan bagus kalau apa yang aku pendam selama ni boleh ja melalui sistem macam kumbahan tu.. lepas engko pendam kendian dah rasa macam tak guna ja terus keluar jadi taik kendian masuk ke loji. lepas tu ko dah tak tau dah taik tu ke mana. sama macam perasaan yang terpendam tu. hanyut hilang terus. serius indah gila aman bahagia hati aku ni. 

ps: "konon kental" tu memang sesuai dengan aku. sangat! 

Monday, August 13, 2012

WOI ORANG PENANG YANG DIRINDUI !

settle semua kerja rumah ! piew!! fuh fuh ! haiyak ! hembuk diri atas katil.

selesanya :)

*pause*

aku rindu second heroin aku. rindu bedtime story dengan dia. nak kayak sesama. dah dua bulan aku puasa tak menganjing engko. kebas tangan aku tak dapat cubit minah ni ! dua bulan lebih tak jumpa woi. sigh ! 

ikutkan cerita aku campur cerita dia dalam dua bulan lebih nih mau kene beli hardisk baru boleh tampung gamaknya. 


hai nur 'afifah.. gaya macam engko rajin je bukak blog aku ni baca kan. 

post dekat blog boleh tulis banyak-banyak. kihkih. i miss youuu so much bebeh ! 
selamat hari raya ! maaf ZAHIR dan batin ! 
jumpa kat melaka! 

Sunday, August 12, 2012

BERAYA DI KUALA LUMPUR,

buat pertama kalinya raya tahun ni aku dengan seisi kelurga beraya di kuala lumpur.

perasaan?

tak tau. entah.

tapi untuk menceriakan hati . tak salah kita positif. benda yang happy akan wujud kalau kita sendiri yang happy kan diri ye idak?

so why not! boleh twitt2 fb pada malam raya . ye dak?
padahal malam raya la kalau dekat kampung nak gi kacau dodol buat lemang buat kuih bersih kampung layan mercun. -.-"

abaikan.
selamat hari raya.



muahhhh!!

Friday, August 10, 2012

DIA SUKA AKU?

pernah rasa tak bila ko duduk dalam satu environment yang baru berjumpa dengan orang yang baru, dalam pada ko nak sesuaikan diri ko dengan orang keliling.. ya diakui ko seorang yang peramah ceria sentiasa. mana lah kenal erti sombong. ko layankan aja gelak borak orang..sudah tentu ko juga ada rakan kerja laki ? ye idak? 
ini kisah dia



"weh . ko free bila? jom keluar dengan aku"
"dengan ko je? dorang tak ajak?"
"ko je la"
"hahahha.. kelakar lah ko ni"
diam lelaki tu. tension kot.
gagal.

"aku dalam hati. kot ye buat la homework sikit pasal aku. dah berlaki ke? rumah dekat mana? memasal tetiba ajak keluar? desperate ke pe? tak sampai sebulan nak ajak keluar"

ya orang kata gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. ye idak?

"weh ! nak nombor fon ko boleh?"
"huh? nak buat apa? kita kan tengah busy mana la de masa nak mengtelepon bagai "
"ala nanti kalau free boleh la call ke text2 ke? boleh?"
"err ko pergi minta no telefon sharifah dulu kendian kalau dapat no dia baru ko boleh dapat no aku."
"alaaaaa... si sharifah tuh garang la.. apsal pulak macam tu?"
"ikut ko laaa..."

esok nya si sharifah soal siasat aku pasal lelaki ini. aku tau si sharifah amat pakar dalam bab "kene paksa terus terang" 
dalam hati aku. pantas betei si lelaki ni pergi minta nombor telefon dekat si sharifah ni. kagum kejap aku. -.-"
kendiannya untuk mendapat kan no telefon sharifah lelaki itu terpaksa berterus terang dengan beliau. kenapa nak nombor beliau?

"sebab aku suka dia kendian aku nak kenal dia dengan lebih dekat . so boleh tak nak no ni?"
"eh cop ! bukan dia ni dah de pakwe ke?"

kerut muka lelaki itu. hampa. kecewa. frust .

kesimpulan. do some research pasal perempuan yang engko nak tackle. jangan main masuk ja. mana tau dia tu dah ada yang punya. meletihkan perasaan jiwa raga engko je nanti.

ini kisah tidak benar. 

 







Wednesday, July 25, 2012

MALAYSIA VS ARSENAL 24HB JULAI 2012

"tiket jatuh dari langit" - fizzy



entah kenapa . tak pernah pikir pun nak pergi malam tadi. tapi sebab kan dapat tiket free.. adik-adik gua dah kemain semangat nak gi memeriahkan stadium. padahal sorang budak chelsea sorang man u..

so far bagi gua. kalau la korang kata arsenal tak turunkan player kuat dorang tapi still tak kan la quality pemain dorang yang lain saing-saing malaysia kan. so im proud to be malaysian. eceh !
malaysia 1- 2 arsenal.

lagi bangga semalam bila mana orang bukan dari malaysia.. sarung jersey malaysia . oh mai ! jiwa gua mengeletar. senyum.

agaknya cengitu la gaya warga negeri arsenal, man u bila mana orang dari tah mana-mana sarung jersey kelab negeri dorang.

tah bila tah kot orang man u ka liverpool ka nak sarung jersey kelate nismilan. berjiwa !

malaysia main dengan baik semalam.. so berbaloi la gua jadi guider adik-adik gua semalam.

special thanks to fizzy sebab aci datang join the club budak kecik. heeee :')

Tuesday, July 17, 2012

JURUTOL 4 : admirer

pernah admirer orang?

admirer adalah satu perasaan suci . er? =.="



aku kalau admirer orang biarlah orang tu tak tau langsung aku tengah dok usha feeling-feeling gedik pasal dia. sebab apa? sebab it call admirer maaa...
once dia dah tau.. secara kencangnya perasaan feeling gedik tu akan hilang ! betui woih . dah tak dak rasa nikmat . sebab tu bukan silent admirer dah . gaya tu dah macam u move to another step. takmo ! =.=

time aku kerja ni. kalau shif pagi even aku duk lorong mana ja. mesti jumpa seorang ni. dia tak pernah nak kasi duit yang tepat . means tol tu harga singgit tiga. tapi dia suka kasi 2 hinggit soploh hinggit.
why aku admirer dia? sebab dia senyum dengan rambut dia sangat sweet . kihkih

hayun kan? tapi aku dah nak berhenti pun. shif pagi pun da takda lagi. so berakhir la feeling gedik poyo tuh. bye2 mr admirer sebulan !

ps: aku dah cita dulu kat muiz.

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!