aloalo.. muda lagi kah?? tapi still pegang gelaran teenager kan?? aci la tu.. muda..
semalam orang yang first wish kat aku sama ada dalam fon atau dalam fb.. ayah la orang pertama wish kat aku...
SAYANG AYAH!!!!! ILUSM la... hehehhe
malam tadi hasil lakonan mantap dari cik adila.. cik fafau.. cik zaty.. cik mie.. cik pah.. cik dyna.. dan cik mira.. akhirnya terjadi la detik2 aku di wakenabeb oleh mereka2 yang berkenaan..
sedang aku melayan solid mechanic tutorial.. tetiba handfon berbunyi..
oh kat skrin ~adilafkp~~
"hello assalammualaikum..."
"shafiqa2.. boleh tolong tak?"
"ye knpa?"
"tolong turun sat.. nak kasi baju sukma.. kawan saya kasi kat saya berbundle2 nih.. ajak zaty dengan pah jugak sebab banyak sangat nih"
"oh.. ok2.."
suara penuh xcited.. mana tak yer dulu mohon jadi sukarelawan.. ditolak.. nih dapat baju free.. peh.. xcited la gua...
aku pun turun la dengan zaty.. sampai tangga terakhir dah nampak si dila.. bila kluar je kat koridor.. aku dah rasa something wrong jer.. xde pulok nampak baju yang berbundle2..
tetiba aku terkepong dengan budak2 nih... bermula adegan aku dibaling telor bersama dengan tepong.. yang kalau betul caranya boleh la dibuat kueh bahulu..
serius aku terkejut giler.. memang tak sangka langsung.. malu pasal baju sukma.. aku dengan Tuhan je tau..
-----------------------------
then acara potong memotong kek.. ishh.. konon mau suap aku.. last2 muka aku yang jadi bahan.. macam tak bole beza pulok mana mulut ,mana hidung.. memang muka aku .. kalau diterima kerja dekat rumah hantu boleh jadi hantu mangsa kemalangan..lulus dengan cemerlangnya...
---------------------------------
sorry la.. xde pic tuk aktiviti ini...
-----------------------------------
Alhamdulilah.. ramai yang wish besday aku nih.. kat dalam fb.. guna mulut ke mulut... by fon...
terima kasih semua...
even kat fb tuh dah tratangtang de remainder kat tepi tuh,, tapi aku tetap la sangat menghargai wishes korang semua.. kira kalau setiap wishes tuh disaluti dengan doa kebahagian, kesihatan aku.. aku syukur la sesangat..
---------------------------------
hehheheh.... poyo tak aku..??
lantak la nak cakap pe pun janji nih tanda aku hargai mereka semua..
ILUASM!!!
------------------------------
kepada budak kelas pagi tadi yang telah menyanyikan lagu besday dengan suara yang sangat cemerlang .. wehh... aku hargai giler..
sorry la tadi aku tak de dalam mode yang cambest.. disebabkan kekurangan tidur yang mengganggu sistem kepala aku. jadi sangat berdenyut2 kepala ini.. pe2pun thanks semua!!!
-------------------------------
harapan aku :
bila umur dah makin meningkat.. aku kalau boleh nak ubah la perangai dari yang negative jadi ke positive..
matang sikit dari yang dulu.. dan
bawak kete pelan2.. hehehe
No comments:
Post a Comment