Followers

Monday, June 25, 2012

JURUTOL 2 - RESIT


jurutol 1 

kan gua cakap. waktu gua rest ja gua akan update. kalau gua cukup tenaga la . hari ni gua cukup tenaga.

gua nak cerita la kisah resit. ala. benda alah bila kita bayar kita mintak kertas yang tulis apa yang kita bayar tuh. tahu?

tak tahu. engko pergi la mana-mana tol . engko mintak la.. "dik nak resit " nanti dia kasi. bole?

engko tahu sepanjang gua jadi minah tol.. eh lebih senonoh kata gadis tol market sikit gua rasa. . kihkih.
baru gua tahu resit ni banyak nama rupanya, macam-macam karenah kalau user nak mintak resit.

resit juga disebut sebagai bil, kertas, atau yang lagi comel.. dorang buat gerak tangan bentuk empat segi. gua agak sebab dorang tak tau nak sebut resit tu binatang pa. tapi dorang nak jugak benda resit tu, ye la.. nak claim kat company kan...
gua paling menyampah.. bila user sebok cakap dekat henset kendian sebok hulur tangan tapi bebel2 sensorang. gua rasa dia da kasi duit cukup2 dah. tapi duk tadah tangan. dah la tak pandang muka gua. kurang-kurang buat la gerak tangan comel tu ka. muka da la macam cinabeng. hayun! 

nasib baik customer always right. kalau tak gua da carutkan.

engko ingat orang keje kasi resit dekat engko tu takda perasaan. ke bole baca fikiran engko.


ps : happy birthday ibunda ku tercinta ! yeahhh !



Sunday, June 24, 2012

Al fatihah...



malam sabtu kemarin salah seorang ahli keluarga ku yakni arwah mak ngah telah pergi selama-lamanya. moga Allah meletak kan arwah di dalam kalangan orang-orang yang beriman.

bertabahlah wahai sepupu-sepupu ku. Dia lebih sayangkan makngah.


ps: setakat tulis alfatihah tapi tak baca tarak guna.

Monday, June 18, 2012

JURUTOL 1

kahkahkahkah! gaya tajuk macam nak tulis 11 entri pasal benda ni je kan? dem!

cuti ni aku keja jurutol.

"keje senang.."

tu la benda pertama dalam kepala otak aku.

kendian aku berkata pada diri aku sendiri...

hok mu !

tapi sekarang jiwa aku jiwa amy mastura. wkwkwkwkwkwkwk



sekian.

FACEBOOK kekadang celaka juga.



facebook ni kekadang banyak pekdah nya kalau diperhatikan. takyah dah mak leha mak joyah jalan keliling kampung nak canang cerita. just dengan menaip beberapa patah kata kat status wall oleh mak joyah dan mak leha.. satu kampung bole tahu cerita sensasi mereka.

ohhsem kan?


so samalah jugak dalam family ni.. makcik-makcik pun ada facebook.. so anak buah, menantu , anak sedara, cucu, cicit.. toksah la nak up status libat keluarga, perli, tak puas hati,perasaan-perasaan mencarut tak tentu pasal. emosi terlebih, menyampah so what ever la sebab ada ja orang baca. makcik-makcik awak tu takda la friend 5000 macam awak-awak semua. 300 je pung agaknya.. so awak update ja. kompem masuk home dia.

hey ! awak tu muda lagi tau. hormati la orang yang lagi tua dari anda. jangan lah menunjukkan kemarahan kat facebook tuh. kekadang aku pelik. usia dah matang dah. tapi duk lagi luah cengitu. kalau umur belas-belas ni aku paham sangat la.. dorang tuh baru nak rasa matang. kan? aku pengati jaa.. kihkih..


so aku saran kan.. buat lah blog macam ni ka. tak pun nak lagi mudah. buat twitter.. haaa.. ko nak carut situ.. orang haram tak kesah. makcik-makcik pun takde twiiter ak rasa la kot. kihkih..

nway. ibu aku ada twiter. =p

ps: facebook jugak boleh buat hubungan jadi renggang. jaga-jagalah. hormatilah sesama kita. :)

Thursday, June 14, 2012

KEKURANGAN

aku ni manusia biasa. banyak ja kekurangan dia.

bukan sengaja nak sakitkan hati orang bukan sengaja nak lukakan hati orang. bukan jugak suka hati nak buat orang jauh hati
tapi. macam aku kata tadi. aku manusia biasa. banyak kekurangan. ada ja silap dia.

maafkan aku. 



kalau boleh . kalau tak puas hati tu . luahkan la pada yang berkenaan. kalau tak leh face to face. buatla something yang boleh dia sedar. by your self. kalau nak cita kat orang pun. jangan lah cari yang benci kat aku. kompem lu akan dapat jawapan negative. 
kata nak aku berubah kan? so u wanna me be positive or not? u decide. 

nak puaskan hati sendiri pun payah. ni kan pulak nak puas kat hati semua orang . ye idak?


Tuesday, June 12, 2012

FINAL SEM

alhamdulillah. syukur.

dapat jugak aku merasa jiwa dapat result "dekan"

syukur. syukur.

DIA lebih tahu cerita hadapan.

pernah terlibat tak dengan situasi bila mana..
ko nak benda tu. then ko berusaha sehabis baik. ko buat betul-betul. serius. ko tak main-main untuk dapatkannya.

at last. ko tak dapat.

pernah?

ya. mesti pernah.

mesti rasa down kan. mesti rasa nak bunuh diri kan.kecewa. sedih. kompem.mesti rasa macam-macam.



aku paham. paham sangat. sebab aku pun pernah rasa jugak.
harapan setinggi gunung.setinggi langit.

tapi. meh kita berfikir sekejap. kita guna akal kita yang dah 20 tahun guna ni.
mesti ada sebab kenapa kita tak dapat benda tu.
mesti ada!

kita sedia maklum . Dia yang aturkan segalanya.. Dia tahu apa yang terbaik
mungkin kita rasa apa yang kita nak tu dah cukup hebat.
tapi mana kita tahu. kita ni siapa ja.  Dia lebih tahu. setuju?

mungkin ada sesuatu yang lebih hebat dihadapan. mungkin kalau kita dapat apa yang kita nak sangat tu kita jadi bongkak. jadi lalai. atau mungkin Dia nak kita mengadu dekat padaNya?

tolong. jangan salahkan takdir. apa yang kita ada. bersyukur. apa yang kita dapat itu rezeki.
percayalah akan ada "sesuatu" indah di hadapan.

jadi senyumlah sayang. :)



Sunday, June 10, 2012

CERITA "SENYUM" AKU

dia boleh buat aku senyum gelak tanpa boleh mengeluarkan sepatah perkataan pun.
dan sejujurnya. ohh pehliss lah ! gila betei dia  nih!

ringkasan cerita bermula.

mukadimah
abang *adik aku* .. 15 kali dia text, call aku ajak pergi the mines nak beli baju lejen katanya. aku yang keletihan kerja hari sabtu * 2/6/12* ikutkan aja kemahuannya. aku pun memang niat nak rembat buku2 lejen..

*bangang plak rasanya aku cita lejen2.. kejadah ? apa itu lejen ? ni ha.... click sini

tengah cerita
esok nya aku pergi kenduri kahwin. dia kemain la suruh aku bawak sekali buku-buku yang aku beli. ohhh.. suka hati pinjam buku sengih kerang aku !dia  janji esok nak pulang kan. ok le tewww

klimaks

4/6/12 *11 bulan*

on da way
dia  : *bukak dashboard* nah ! hadiah ! *hulur sengih kerang* suka tak?
aku    : errr pe benda nya ! i beli sendiri kot ! kejadahnya
dia     : tak suka ka?
aku    : huh? memang tak laaaaaaa

parking kereta
aku : dah jom ! cepat ! lapar!
dia : bukak la buku tuh dulu..
aku  : laaa. tak kan nak baca kat sini.. balik kang la i baca..
dia : bukak je laaaa
aku : *bukak buku.. cari sticky note sebenarnya,,, (xde pun)* aik? abis nak suh aku baca sepatah2 ke?aku pandang dia.
dan rupanya..
       
last page.


haaaaaaaa???

(monolog)
kejap! time aku pergi the mines tuh ! aku tak jumpa linglung pun. then bila masa buku aku ada sain dia ni? 29/5? woi ! aku pegi 2hb laaaaaaaaaaaa!! that means! ni bukan buku aku pun! lagi satu aku dah patahkan pun side tepi buku tu. tapi yang kat tangan aku ni .. elok ja !

:'(

kelu.senyum. kejap! aku gelak jugak! *pandang dia lagi *

ikut hati mata aku nak leleh dah kat situ. tapi sebab aku rasa aku wanita poyo kental. tahan je la. jeling dia. senyum. haish. dia buat lagi! jantung aku ni bole pam laju2 tahu tak?

nasib baik tak halal. kalau dia halal. dah lama aku peluk dah. kahkahkah!

thanks Abdullah Nur Mu'izz



rasanya . aku tak pandai taip panjang-panjang macam status dia sebab friend aku kat fb ada 923 ja. tapi kat sini.. aku ada lebih lagi member.. member fb pun bole baca kat sini kan? :)

ps : jujur : *sayang dia!*

pss :maap. entri pasal gelik2 plak kan. sorry. next entri gua jadi  serius balik!


SENYUM =>  :)

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!