Followers

Tuesday, October 19, 2010

melaka jerebu hari ini tapi esok pengistiharan melaka maju?


apsal 2 3 hari nih melaka macam diselubungi  jerebu... bau asap menyesakkan hidung... sukar bernafas,,, tercari2 mana oksigen... oh....



nih gamba petang tadi.. adakah bukit yang makin bogel kat belakang hostel aku nih menyumbang kepada kepanasan kat kawasan umah aku nih...???

bila jerebu jer.. antara perkara yang aku benci adalah:

-rumah aku makin berdebu.. so terpaksa la mengerah keringat untuk kerap membersih.. oh makin kerap makna nya mode kemalasan makin menebal..
almaklum exam pun dah makin dekat.. lagi la tahap malas tuh terpaksa ditekan sampai tahap maksimum!! oh..

- en bem.. oh siapakah itu?? boyfren tak bernyawa aku.. aka kete aku ler...
aku kesian kat en bem.. kenapakah?? sebabnya.. kete aku terpaksa menerima habuk2 .. oh aku aku baru basuh kot kete.. last2.. aku tengok dah menebal dah habuk2 kat kete tuh.. aduhh.. dah  la kat melaka nih mahal bila datang bab nak basuh kete kat car wash tuh.. nak basuh sendiri.. MALAS pulok..

-kalau boleh setiap minit nak air lalu kat tekak nih.. bila udara dah tak best.. mestila tekak dah jerit2 ... hari ni je dah berapa kali air aku refill ... aduh... 


-muka dah rasa macam perangkap habuk jer.. oh... 

-time nih mula la nak cari mask... 

paling yang aku tertanya.. pastinya pasal esok...
20.10.2010...

esok merupakan pengistihran melaka maju ...
tapi ikut keadaan sekarang... boleh ke..
manusia berkumpul bersesak -sesak dalam keadaan persekitaran kurang sehat.. tak ke akan boleh memudaratkan.. bak kata orang tua.. mencegah lebih baik mengubati..

kawan aku cakap.. kalau esok makin teruk.. tah2 boleh darurat??? tapi melaka maju?? oh...




No comments:

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!