Followers

Saturday, December 21, 2013

SEDIKIT


Tuhan baru uji awak sakit sedikit

dah mula merengek sakit

Tuhan baru tarik selera makan awak

awak dah mula rasa lemah

lemahnya hamba MU ini YaAllah!

Friday, December 20, 2013

SAKIT ITU NIKMAT


Tuhan kasi kita sakit sebab Tuhan sayang kita kan?

sebab Tuhan nak hapus dosa dosa kita.

macam ini punya sakit dah terkapai kapai nak lawan.

macam mana nanti dekat sana? (T.T) 

bersyukurlah wahai badan.

Tuhan pilih awak untuk rasa nikmat ini

bersyukurlah hai badan :)

bersabar. dan kurangkan mengeluh. 

everything came with hikmah 

semua tahu kan fakta itu ?

Tuesday, December 17, 2013

PEREMPUAN DAN AKU RASALAH


tetiba kena pergi tempat yang engko tak familiar langsung.
alone.

perempuan.

waktu hujan,

urgent!

apa rasa nya?

hambik! sesat dia rasa macam keliling negeri.

tapi takpa. Tuhan pun ajar kita sabar kan?

bila orang yang diharap cannot help you time tuh. rasa down jugak. tapi tahu kan? Tuhan dah ajar kita sabar?

aku nak sejuk kan hati. aku diam. dan diam.
*pesen suka diam nih pun ada yang tak pekenan. pesen suka membebel tak henti aku rasa lagi ramai tak suka kan? * -aku rasalah.
and mungkin kalau aku sembur nanti, effect balik dekat aku. aku yang emosi. lagi kritikal jadinya. 
-aku rasalah.

baru sedar diri ni terlampau bergantung.

from now. i have to wake up. and engko boleh buat sendiri lah woi! tak yah harap sesapa dah.
semua ada hal memasing kan?

cuma,
yelah,
kekadang terkilan . sikitlah. tak banyak pun.
manusiakan. perempuan pulak tuh, banyak sangat emosi nya. nak describe pun bukan nya hangpa paham sangat pun kan?

so bialah aku nak habaq kat hangpa semua (dibaca : lelaki), perempuan dengan emosi nih hangpa kenalah control. jangan biar dia yang control. sebab nanti teruk nak mampus jadinya. kaum depa( dibaca : perempuan)  ni bukan boleh buat main sangat pun.
 
and aku takdak la rasa macam nak diam lelama pun. sapa betul rasa dia kenal aku. dia tau diam aku tuh maximum boleh pergi berapa lama. kalau dia kenal betul lah.
-aku rasalah


but,
the main things is
i need you.


Thursday, December 12, 2013

CERITA YANG TAK CUKUP TANGAN

study week lagi dua minggu.
 
dalam study week ada lagi presentation projek yang tak settle lagi
 
next week ada 2 test.
 
1 mock meeting
 
ada kuiz kabarnya.
 
sabtu ada kenduri kahwin senior. *balik kl*
 
28hb ada kenduri kazen. *seremban*
 
dan 31hb start final..
 
2 paper untuk sehari woi!
 
may ALLAH mudahkan segalanya
 
amin .

YAKIN KAH AKU?



"awak yakin ?"

do you know what,

keyakinan waktu memula nak admit yang kita sudah ada something yang orang panggil "relationship"sangat lah susah awak oi!

punyalah duk pulun macam mana nak yakinkan diri nih.

tengok awak tetiap hari. nganga dengar celoteh awak dan tunggu turn kita ni nak celoteh jugak. kendian tengok muka awak and pikior with part yang paling kita suka.
 
kena nganjing dengan kengkawan kelas paling kena kental. duduk Melaka nih. tahan je la bahasa ye dok?

yes, budak mekanikal havoc nak gila!

awak tau,
dulu soalan paling susah nak jawab ialah

kenapa kau suka dia?

kau serius?

kau yakin ke nih?


*senyum*


yakin itu dah tanam sejak 2 tahun lepas awak,
awak rasa ada ke manusia nak habiskan masa pikirkan benda yang tak penting?
 
cuma sekarang semua tahu.
jodoh itu milik Allah.
kita dekat sini hanya mampu doa dan berusaha.


that the answer.
 
p/s: nak tulis report thermo. takdak idea. boleh pulak bebel dekat sini. astagfirullazim awak oiii !

Sunday, December 1, 2013

dia

dia

insan pertama yang bertahta

dia

insan pertama yang ku cinta

dia

pernah membuat ku bahagia

dia yang mengajar ku tentang erti cinta











ps: ini lagu.

Thursday, November 28, 2013

.

sedap mengadu blablablabla

jawapan yang awak dapat macam

krik krik krik krik
 
sakitnya jiwa niiii arghhhhh

sakit hati macam mana rasa dia?

sakit lah.

kahkahkahkah






Thursday, October 17, 2013

EFFORT

it so sweet when someone cuba untuk menyukai apa yang kita suka.

macam kita suka baca buku horror.

dan dia pun beli buku horror dan baca . faktanya dia tak suka membaca pun !

effort.

yes! that it!

your effort boleh buat orang dupdapdupdap tahu?

so sweet!

Monday, October 7, 2013

maggi kari dan perut

breakfast : maggi kari

sekarang : 16.29

setengah jam lepas aku makan maggi. perut aku kasi signal ajak aku pergi toilet.

perut seakan mengejek.

"kejadah makanan khasiat apa engko kasi aku ni woi?"

dan kenapa ?

aku masih tak makan?

kenapa?

sebab perut tak reti pujuk ? sekurang nya aku kasi jugak dia telan maggi. perisa kari kot.

why engko tarik tarik urat dekat perut tu woi perut?

protes mungkin?

like hek eleh. engko ingat aku tak boleh nak lawan protes?

nak sakit sangat ?

nah ! sakit sakit sakit la.,

ps: act like you are fine itu sumpah macam haram woi

Wednesday, September 25, 2013

.

tersepit.

letih berfikir.

aku rasa aku sungguhlah menyusahkan orang
buat orang risau

buat orang letih dengan aku

rasa macam semua benda aku buat suma bakal tak kena.
ada aja yang salah.
ada aja dugaan.

why?

aku rasa makin jauh aku cuba lari.
makin dekat masalah ni datang
gaya memang saja bermain dalam kepala.
seperti suka.

suka aku begini.
terseksa. oh tolong lah!

aku selalu ingatkan diri sendiri.
jangan hujankan orang dengan masalah sendiri.
engkau bakal menyusahkan orang

tapi.

acap kali.
tercerita.

mungkin terbiasa.

salahkah aku?

ps: rupanya nak tahan nangis depan orang nih payah mampus. tapi caranya yang aku tau tadi. tarik nafas. set mind kata "balik karang aku nak nangis tekup muka dengan bantal. takmo kat sini. sini takdak bantal"

Monday, September 23, 2013

REVERSE

kekadang waktu emosi. kita sebut ja apa terlintas dekat kepala. sebut dulu baru fikir baik buruk.

emosi kawal kita.

dan orang kata. kalau bawak kereta ada gear reverse. ni bab berkata nih mana datang gear reverse?

kelu kejap.

sesal kemudian tarak guna .

macam mana nak betulkan balik nih woi! macam mana ?

ps: like hek eleh khamis nih ada quiz control. bleghh awalnya!

Sunday, September 22, 2013

JANGAN SEBUT

ibu kata

" jangan duk sebut tak dak duit tak dak duit. kejap lagi Tuhan tarik rezeki sampai memang takdak duit. baru tau! "

muizz kata

"sebut stress! stress! memang lah stress jadinya "

ok.

im try my best!

jangan mengeluh. jangan mengeluh!

*tepuk bahu sendiri*



Sunday, July 7, 2013

.

dari pagi duk kumpul segala macam masalah. 

pikir duit yang mengalir semua semata minyak kereta.
kereta yang berbau masam sebab kuah kari roti 
pasal masalah laptop yang sejak akhir nih macam haram 
pasal janji whatever yang tak jadi

nak marah. tak guna pun kat aku. 

sebab last sekali

aku yang letih pikir. 
aku yang duk perabis air mata. 

tekanan. tekanan. 

senyum. 

pahitnya nak gerak kan bibir. dem! 

Saturday, July 6, 2013

:)

Allah beri kita rasa sakit sebab Allah nak kita rasa bersyukur.

ok 

Alhamdullilah. 

Thursday, July 4, 2013

DUA TAHUN PUNYA KARANGAN

abdullah nur mu'izz.

satu nama yang buat dunia aku pusing 180 darjah sejak dua tahun lepas. why?

sebab dia tanpa segan silu datang ajak aku jadi kekasih dia. entah pelik betei dia.

sebab dua tahun lepas aku rasa. aku tak melalui zaman kene ngorat pun dengan dia.

siot. pupus ke hape zaman tuh time tuh? tak merasa aku kene ngorat dengan dia. 

tapi. you know what? dua tahun nih memacam aku belajar pasal dia. belajar pasal banyak benda. 

banyakkk benda woi. gila lah gamaknya aku kalau aku kata aku duk happy ja. sedih pun ada ja. haha. semua bukan sebab sesapa pun. sebab aku . selalunya gitu.

nway sempena dua tahun muizz menjaga jiwa aku nih. dia kasi assignment dekat aku.

*listkan apa yang aku nampak dan apa yang aku tahu mengenai muizz*

muizz. 

-orang ada panggil dia koie. tapi aku pelik takdak sapa ka nak panggil dia nur? 

-even dia kata dekat aku dia nih tak boleh nak sabar . tapi bila dipikirkan balik. dia layan kerenah aku nih yang boleh kata rasa nak baling henset nih dengan penuh sabar sampai at last aku lah yang angkat bendera putih. well. orang yang sabar ada hadiahnya. :)

-sebut pasal sabar nih. aku rasa nak banding aku dengan dia. dia ibarat husin bolt. aku hanyalah shafiqa. aku jauh kebelakang. kahkahkah. need to polish my sabar . sigh!

-muizz suka warna biru. takyah sebut. tau dah pilihan dia. so if nak tanya kaler apa yang cantik. kalau pilihan tuh ada biru. toksah la nak harap dia pilih kuning. tapi if dengan aku. i think before dia pilih guna hati dia. mesti dia kata "kaler merah nih ok je. u suka kaler merah kan? tapi biru pun not bad" kahkahkah. pandai awak jaga hati saya. muah! 

-time nak pilih barang. dont worry. dia bukan pesen yang kene keliling shopping complex. dah jumpa pekenan. just pick it! senang kan! 

-he is monster ! makan penuh passion. aku suka! 

- dia telan ja apa ja. suka sayur bayam.kulit ayam suka simpan . last2 baru makan. dan tak suka sangat makanan yang disalai. ulam ulam pahit tuh. aku pun tak suka. kahkahkahkah

-romantik dengan jiwang tuh sama ke idak? kalau sama. muizz tuh beruntung.dapat dedua gelaran. ok. dia romantik jiwang . always! hopefully sampai ke tua lah maintain jiwa gitu. tak kira lah sapa pemilik rusuk awak tuh . *ikhlas doa*

-caring. tu dia punya kepakaran lah. aku rasa sesapa yang pernah di flirt oleh muizz mesti kata dia punya caring tuh yang buat ko still nak duduk dalam zon kene flirt . ye idak? kahkahkahkah! 

-he can read my mind. ke aku nih yang memang senang nak dibaca? tapi salute! memang aku rasa dia punya kepakaran nih memang suka buat aku nganga. 

- dia kalau siap-siap memang lambat. kot kata pukul 2.30 nak gerak. alamat aku kene tunggu pukul 3 lah nak gerak. haha. 2 tahun. buat aku kurang sikit nak merungut bab nih. orang kata belajar lah sesuaikan diri.

-dia bukan jenis kisah. maksud aku. dia bukan terlampau mengongkong/mengisah. contoh 
" u tak boleh pakai nih."
"u tak boleh buat itu ini."
"u jangan kawan dengan dia. i jeles!"

-siot. yang part jeles. tak pernah sebut pun dengan aku. aku rasa aku hambik kos mechanical nih punyalah berkomunikasi dengan jejantan. sebab apa tak jeles? sebab kawan aku kawan dia jugak. kahkah advantage..

-bab mengajuk. mhmm aku lah champion. thanks. 

- ecely the point is. kalau bab pujuk. aku agak dua tahun nih tak pernah failagi lah. well done. hebak hebak awak muizz. 

-dia susah nak bekira dengan aku. mhmm *aku tengah pikir dendalam bila dia berkira dengan aku. dem dem! 

- dia kalau tengah tension stress. dia akan membebel sensorang. ini time. memang tahap kritikal punya stress. so aku sebagai seorang yang cool akan blablablabla 

- dan blablablablablablabla kan lagi. hahah

-sebenarnya dulu. ramai ja pelik dan tertanya. macam mana kitorang nih nak communicate. almaklum dedua kaki potpetpotpet. tak kan lah nak angkat tangan kasi signal bila nak cakap kan? kahkahkah. dem ! dulu aku pun pikir point nih . tahpape.

- secara semula jadi time nak borak. ada tolak ansur. sorang bebel. sorang akan dengar. begitulah sebaliknya. ok fine. antara aku dengan muizz. beza patah perkataan kitorang sehari. 2 3 patah ja.

-tahap rindu aku rasa balance ja dengan dia. 

-tahap sayang tuh. yes i admit. dia punya tahap. aku tak dapat nak kejar lagi. 

- bukan kata aku nih kurang sayang. kebenda apa? cuma aku nak kata kalau suruh buat pop kuiz. dia menang mudah. dan kalau suruh aku luah perasaan guna mulut. aku tak pandai. so aku rasa aku tak cukup power compare to him. 

-but im feelike "bertuahnya badan!" 

-point nih er ecely 15 kali pikir nak letak ke idak. ====================

- bagi aku. muizz memang pandai saiko aku. serius. pandai gila. even aku punya hati keras jugak konon tak nak buat something tuh tapi at last. dia power gila saiko aku sampai last last aku buat jugak. blegggghhh

-boleh jadi serius . serius. sangat serius.

-aku rasa time heart to heart lah antara time untuk dia serius. 

-paranoid. yes. tapi bagi aku tahap paranoid dia tak sampai tahap annoying lagi. just aku rasa bila datang ja jiwa tuh. kene bagi tau dia. aku tau ja. dia paranoid sebab care. sebab sayang. 

-oklah.  dia kacak. korean look. *nasib baik muka ja korea. tak pakai seluar senteng senteng tuh* rambut kemain beralun. tapi pemalas syampoo. ada lesung pipit. oh mai kiutnya! *weekk* 

lagi satu aku suka rambut dia pendek. yang just nice. sebab bagi aku nampak dia matang. gentlemen dan nampak lelaki kot. but i love rambut seralun panjang dia. nampak dia ceria kekanak kekadang. mhm. if i have to choose. aku pilih yang tak panjang. tak pendek. haa.. muhahaha!

aku rasa takat nih ja aku dapat listkan memandang kan masa tak cukup. almaklum. kalau dalam dewan periksa nih. tukang kutip kertas dah ketuk meja aku nak rampas kertas dah nih. 


correct me if im wrong :)


moga dua tahun nih diganda 100. amin. ily 

Wednesday, July 3, 2013

GEMUK SANGAT

"alahhh! gemuknya delete lah gambar nih!"

"ko jangan mengada nak kata gemuklah bagai. gedik tahu?"

yes. gedik. poyo. ingat orang nak puji lah tuh kata.

"eh tak de lah. kuruslah. mana plak gemuk"

booo!

badan dah lah cekeding sekeping.

ok. gedik tahu?


ps: somebody tengah kecewa tengok entri nih gamaknya. almaklum. bukan entri yang diinginkan mungkin?



hensem tahu? kahkahkahkahkahkah

Wednesday, June 26, 2013

amali kejuruteraan

masuk hari nih hari ke empat AK berlangsung.

Ak dimulakan dengan fakulti fkekk selama 3 hari. now aku dengan dak fkm lain sekarang dekat fakulti pembuatan. 

fkekk. sempoi ja. duk dalam lab ja.

fkp jumpa autocad. how i hate designing jadah haram tuh. 

selasa nanti pi fakulti lain pulak. sampai lah minggu ke 3 nanti. semorang pi ke fakulti memasing. 

no more cuti panjang.
redha ja lah pika oi! 

ps: fafau ondway nak sampai melaka! rindu sama itu bakal nurse! muahhh

Tuesday, June 25, 2013

selamat bertambah usia IBU!

happy birthday ibu !

semoga ibu sentiasa sihat sentiasa

kekal awet muda 

jaga kesihatan

doakan along dan semua berjaya. sentiasa dalam redhaNya.

amin!


love you ibu ! 


Sunday, June 9, 2013

\o/

dalam sepi senja

ku sentiasa ada

tahukah kau aku

in love with you 

im soooo in love with you !



good luck muizz! 

Tuesday, May 21, 2013

nasi lemak kampung baru

asal dah nak dekat study week ja. aku rasa macam nak demam. rasa macam takdak ruang nak rehat. 

kot ya pun lecture semua. 
buat lah assignment tuh start dari awal sem. kira takdak la student terbeban nak buat semua benda dalam satu minggu! 


ps: aku ingat report ED buat dalam grouping. rupanya individu.

down aku. dahlah nak kena hantau khamis nih. 

nice nice.

nangis. 

pss: tajuk takdak kene mengena dengan isi . tajuk nih ditulis ketika mendengar iklan nasi lemak kampung baru. kihkihkih

Saturday, May 18, 2013

final

rupanya final aku hanya 6 hari jer. ha ha ha

pendek tapi pack la gamaknya.

aku dah redha dah.

ps: 2 minggu sebelum study week. punya lah pulak bertempayan aku punya asgmnt project nak kene settle!

oh ya. isnin nih ada test.

pss: sem nih aku paling moral down dengan engineering design.

pss: aku harap dr thiru baca blog aku.

babai!

Friday, May 17, 2013

EMO

selalunya yang suka buat aku emo ialah muizz. 

tapi kalau aku emo. 

ubat dia. 

--> suruh muizz pujuk.



sungai besi

rindu sungai besi.

next week dorang suma datang melaka hambik aku pi legoland ! yeah!

ps: this week ada banyak benda nak kena settle. test presentation project . HAHAHA! SUKANYA!

Sunday, May 5, 2013

MU'IZZ SUDAH 22 TAHUN

punya lah lembab nak umum pru13 nih woi ! argh , dulik lah gua nak tulis pasal cinta gua kejap. 

*iklan*

to my lovely muizz
yang banyak lah bersabar dengan aku.
yang banyak tahan kerenah aku.

*tabahlah muizz!

yang bila aku emo. bila dia tetiba konker twitter. pesbuk. 
yang last aku jugak yang kena mengaku kalah.
yes i know taktik u ! 

to muizz yang *pejam mata sambil taip* hensem, macho, comel, manja, yang suka kasi word word melting dekat aku,
*banyak sebenarnya nak puji maleh nak type je sebnarnya nih* 

HAPPY BIRTHDAY sayang oi! 

dengan ucapan 

tingkatkan lagi keteguhan iman 
awalkan solat. 
rajin rajin kan belajar tuh.
dengar kata ibu ayah 
baca al quran selalu...
jangan pernah give up! 
jangan malas malas!

paling penting 

sila sayang i lebih.

sebab

i heart you ! 

nah hadiah satu gambor !


ps : sempena besday awok. kita jadikan gambo nih DP avatar k. muah! 

pss: punya tak romantik aku. 

hey 
untuk yang ke seratus lima puluh billion...
aku punya romantik 
muizz sorang ja boleh rasa..

kahkahkahkah! 

love in silence

cinta dalam hati?

perit tahu? 

lagi lagi ada nya teknologi. tengok twitter dia duk mesra mesra dengan orang lain

bukak fb. sama jugak.

nak luah?

haram j lah.

kot lelaki. ya. aku sokong. tapi sebagai pompuan nih... 

"krik krik krik krik"

ps : takpa beb ! aku kan ada. lagipun bak kata ko. bukan nya wajib kahwin esok lusa pun. banyak masa nak kejau lagi. ye idak? so chill . tarik nafas . dan senyum sambil scroll timeline. 

pss : bukan aku. 

psss : jangan tanya aku sapa. hehe

PRU13

first time mengundi.

bismillah.

"mana mana parti yang menang . Allah dah tentukan. ada hikmahnya tuh " - ibu 

Friday, April 26, 2013

keletihan.

nak mengadap semua jenis tekanan. jiwa mental. kekakangan study lagi. kekadang aku pun rasa macam nak angkat bendera putih

mudahkan. bila lakukan salah. mintak maaf. easy.
tau dak. nak maafkan tuh senang. sebut ja. ok. let it go. 
tapi sampai mana maafkan tuh sampai dalam hati ? entah. aku pun tak tahu,.

kalau tetiap hari ada ja benda tak kena. ada ja kena mintak maaf. kena maafkan. 
engko nak aku rasa apa?

woi! ingat air mata aku nih percuma ka?



Sunday, April 7, 2013

KAHWIN

tahniah kak wanie sama incik aizat! 

dengan ucapan

kami nak anak buah! 




sumpah kiut dorang nih. lagi kiut yang mengapit dua orang nih. *just saying* kihkihkih

Thursday, April 4, 2013

RUMAH TERBAKAR

bengang abadi dari semalam. petang baru nak tanya kenapa?

kelakarnya. 

gaya macam rumah dah hangus terbakar semalam. petang esok baru nak tanya kenapa terbakar. 

memang kalau aku. 

haa. engko pikir lah sendiri sebab apa terbakar. 

bukan nak salahkan engko. 
tapi tolong jangan nak naik kan lagi bengang nya orang. 
memang kekadang bukan salah engko pun.maksud aku bukan totally salah. tapi tak kena masa. 


tinggal jejak je.. jangan kentut!!!