Followers

Friday, September 21, 2012

BULAN SEPTEMBER



bulan ni aku belajar banyak benda . pengajaran. muhasabah diri.

macam mana nak tenangkan hati nak hadap benda yang sukar, yang tak pernah terpikir dekat kepala ni pun yang  it happen to me!
hey ! aku dengar member aku cita ja. now jadi dekat aku? what the?? -.-

benda dah jadi. boleh patah balik? macam kelakar boleh patah balik .

solution. hadapkan aja cerita hidup tu. jadi kan pengajaran.
gaya macam mudah kan? tapi.... diri sendiri sama Tuhan je paham macam mana gaya nak "hadapkan saja" .


lagi satu pasal nak buat keputusan. sumpah aku tak tau la kenapa aku dilema sangat! maybe terbawak masalah yang dekat atas kot. so bila nak buat keputusan, jawapan tu seakan terapung apung macam tu aja. tak tau nak capai yang mana. paham ?

kesudahan. bila datang masa nak buat keputusan. aku pejam mata. pikir. dengar apa kata hati terakhir kendian, decide.

aku harap semua benda ada hikmah. pada aku. pada dia. pada sesapa.

#np wake me up when september ends



Monday, September 17, 2012

DEGREE



3 tahun lepas. gua datang melaka sebab nak daftar untuk diploma gua.

3 tahun kemudian. gua settle diploma. ya, alhamdulillah.

now.. gua kembali ke melaka. mau berjuang untuk segulung ijazah !


gua harap 3 tahun akan datang gua akan senyum mengengam ijazah pulak !


aminnnn !!

ps:hai melaka. awak makin panas sekarang.



Friday, September 14, 2012

OHSEM itu AWESOME!

kalau kita boleh sorok masalah kita depan orang. memang ohsem!

lagi tambah ohsem kita boleh tukar mood rabak tuh kepada mood yang "nothing happen" bila kita lepak dengan member-member.


bonus mark diberi kalau member kita tak perasan pun kita tengah rabak!

dan

lagi tambah ohsem bila kita dapat memaafkan orang dengan harapan dia tak kan ulang lagi kesalahan tu.

sila jadi ohsem. silalah!


Wednesday, September 12, 2012

KECEWA



ya. aku kecewa. 

kecewa dengan diri sendiri. teruk rasa dia. tak tipu. teruk sangat.
kecewa dengan situasi. 
kecewa dengan awak. awak ............. urmm tak pa lah. 


nak aku luah?
nak luah ke sapa?
aku rasa macam bodoh ja luah kecewa yang satu ni ke sapa sapa manusia. 

mudah kan sebut sorry?

jom nangis! 


Monday, September 10, 2012

TALI PINGGANG . LIPAT DUA



baru gua tersedar badan gua makin susut. seingat gua time 3 bulan duduk rumah ni gua takde la pulak diet mogok tak makan. tapi agaknya sebab gua ni pergi kerja 2 bulan macam nak gila sampai makan pun gua ambik ala kadar je sampai ayah gua kata 

"along ni kerja 2 bulan tapi ibarat kerja 4 bulan"
*bunyi cengkerik*

tapi bila selamat je gua jejak melaka. bebudak ni kata gua dah susut. gua jeling cermin. 
oh emm gee!! 

gua tak tau macam mana boleh jadi macam ni. 

seluar jeans dah kene pakai tali pinggang. gua punya letest jeans pun kene pakai woi ! padahal gua beli time pose hari tuh. 

ni kalau pakai baju kurung kain pun pakat lipat dua jugak. 

 
dah . merapu apa entri gua ni. sebenarnya gua nak cakap. 

"alhamdulillah. gua dah kurus. "

gua harap biarlah kurus tu sebab benda positif bukan kerana benda bawa sakit.



Saturday, September 8, 2012

GEDEBUS






gua sebok kata gua dilema. gua buntu nak pilih . gua dah bebel kemain . tapi gua still kat sini., gua still menung. takda tindakan. gua malas nak pikir. kejadah kan? 






Thursday, September 6, 2012

HADIAH BUAT YANG TERISTIMEWA



since aku baru ja sambut birthday aku. tak salah kalau akal aku tetiba datang idea nak menaip pasal hadiah.

aku tau ramai ja google pasal

"hadiah yang sesuai untuk kekasih " "hadiah apa untuk ibu" "hadiah yang sesuai untuk lelaki" tak pun untuk perempuan ? kan?

tu tahap buntu dah!

bagi aku kalau nak kasi hadiah biarlah benda yang jadi kesukaan dia. jangan la terlalu tipikal. macam dalam internet cakap kalau kasi bunga dekat awek nampak romantik gila . padahal awek tuh alah la gila dengan bunga. guane?

so biarlah simple ja. tapi bermakna.

macam buku. gua suka buku. kendian lu kasi buku. tak buat gua terharu.
tapi kalau lu kasi buku kat awek lu yang tak suka buku. kejadah dia?

tu la satu point penting yang perlu awak semua tak kira la nak kasi siapa pun. yang penting ikhlas. bukan paksaan. tahu?

yang paksa merengek minta cokelat tu. ko kasi ja cokelat doplohsen. kompem diam dia.


DUA PULUH SATU TAHUN . LAYAK MENGUNDI

tanggal satu hari bulan sembilan tahun ini.. dengan rasminya aku sudah diketegorikan layak mengundi.

geleng kepala.
ah. abaikan benda politik . taknak cerita pun .
----------------------------
"happy birthday to me" !!

bahagiakan? bersyukur sangat.masih bernyawa. masih boleh tersenyum. masih sihat. masih ada orang sayang.
terima kasih yaAllah.

hadiah? hehehe. gua pun dapat hadiah uolls!

beberapa bulan lepas . aku sesaja ja buat lawak dengan ibu.

" besday along nanti kalau ibu kasi seset body shop punya minyak wangi tu ok gak kan bu"

then that day ! guess what !


terjerit gua! terharu ! thanks ibu ! thanks ibu ayah sebab susah payah jaga along. kandung along sembilan bulan.belai didik sampai dah besar panjang boleh bawak keta. -.- nasib baik along pesen tak nakal kan? haish haish

---------------------------------
then dulu aku ingat lagi *tapi dia ni kata dia tak ingat. ye la tuh . err

aku kata " macam nak beli buku murtad tu la. orang sume cakap best"
dia kata " buku apa? buku apa?"
aku kata " takde pe la. kang tak memasal u pegi beli . abaikan. u tu bukan boleh duga "

then semalam.


haaaaa. sebatalion chocolate, biskut chip, cd kopi , novel hilang dan novel MURTAD uollls!

again. speechless. dia suka betul buat aku macam ni.  terharu lagi.
 senyum. senyum lagi.


yes. i love both of u. :)

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!