Followers

Friday, December 30, 2011

penutup 2011 yang menghibakan jantung hempedu.

"semoga kak dila selamat, keluar dari keadaan kritikal "

aku harap kepada sesiapa pun la yang baca entri ni sila bawa motor, kereta, lori dengan hati-hati. 

moga ada hikmah pada setiap apa yang berlaku.

salam tahun baru. moga 2012 jadi lebih bermakna.


Saturday, December 24, 2011

2011 itu gelak senyum tapi penuh air mata.

" banyak sungguh dugaan kita tahun ni kan long" - ibu

dugaan. memang kalau namanya manusia. memang tak lepas nak hadap dugaan. tak kira la dugaan itu kecil atau besar. bezakan kita hanyalah macam mana kita nak hadap dugaan itu. macam mana kita mencari jalan. memang sakit waktu itu. memang rasa ruang akan sempit. memang kepala akan rasa berat. memang rasa macam nak seseorang yang mampu gapai tangan kita untuk berdiri.

tapi. kita kena ingat. Tuhan kasi kita dugaan kerana sayang kita. nak uji tahap mana kita sayang Dia. nak uji berapa banyak kita usaha. berapa banyak kita mengadu dekat Dia.

perlu kita tahu. setiap kesukaran, pasti bahagia di depan. hikmah dia.. Tuhan ja tau banyak mana, rupa apa.
jadi berusaha lah untuk menangani dugaan.

kita tak seorang. kita ada Dia.

2011 ...

p/s :yesterday, I wrote on the door of my heart, ‘Please do not enter.’ Love came smiling and said: ‘Sorry I am an illiterate.

Sunday, December 18, 2011

jangan kata kita kurang kasih sayang. itu bodoh.

jangan rasa ayah ibu tak sayang kita.
jangan rasa mereka abaikan kita. mereka pilih kasih.
jangan kata kita tiada kawan. jadi kita kurang kasih sayang.
jangan kata semua orang tak sayang kita.

tapi 

kita kena ingat. kita lahir ke dunia atas ihsan siapa.
kita bernafas atas kasih sayang siapa.

ya. semua ada jawapan kan.

TUHAN. 

Dia maha peyayang. 
Dia amat menyayangi hambaNya.


kita tak pernah berseorang dalam dunia ini.

 jadi bersyukur.

Monday, December 12, 2011

pegang watak curang dalam mimpi sendiri


dah dua kali gua mimpi macam tu . kalau makcik yang minat cita drama melayu. pasti watak curang yang gua bawak dalam mimpi gua akan dikecam hebat.
gua pun rasa gua kejam gila dalam mimpi tu. malangnya mimpi tu tak penah nak habis. gua tak tau pe kesudahan mimpi gua. tergantung.

nasib baik mimpi. jangan jadi dekat dunia realiti sudah lah. haru !

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!