komen:
aku dulu pun di awangan gak masa nak memilih nak masuk U mana.. tapi parent aku memang suruh aku buat keputusan sendiri mana satu yang terbaik untuk aku..
tapi kalau ada ibu bapa yang hendak anak nya ikut hala tujuan mereka.. aku rasa amatlah tidak patut.. kita duduk dizaman teknologi ni kene berfikiran jauh. aku rasa sebagai ibubapa kita kene let go apa yang anak kita ingin kan, bukan maksud aku kita kene biarkan jer apa yang mereka buat tapi kita jadi pembimbing dan penyuntik semangat untuk mereka. kalau kita rasa apa yang mereka buat itu salah.. cubalah berdiskusi ,tanya apa yang baik buruknya dan yang paling penting jangan paksa mereka.. kerana aku sebagai seorang anak memang tidak suka di paksa. lebih-lebih lagi soal masa depan. sebab dalam otak aku ni berfikiran
"sapa yang nak belajar,perah otak.. ibuayah ataupun aku?"
kalau kita tak minat dengan course tu , bagi aku susah untuk pergi jauh..
"minat boleh dipupuk"
memang lah tapi
"melentur buluh biarlah dari rebung nya"
masalah nya mereka bukan lah lagi selembut rebung...
jadi wahai adik2 yang masih dia wangan mencari arah tuju..
nasihat aku..
-bagi yang islam aku nasihatkan buat solat istikarah(sebab itu yang aku buat kalau aku dalam dilema)
-try tanya sesiapa yang berpengalamn. contohnya cikgu, tanya beliau apa yang baik apa yang buruk kerana mereka amatlah berpengalaman dalam hal ini.
-try buat reseach pasal course yang kita nak ambik tu. sebab kekadang ada yang couse yang masih tidak di iktiraf..
-paling penting lepas buat keputusan ,jangan fikir untuk patah balik , sebab prinsip yer senang "sekali kita buat keputusan jus go on" .jangan pandang belakang lagi.. anggaplah ini adalah takdir dan ketentuan untuk aku belajar dekat situ...
_belajarlah untuk bersyukur. sebab ramai lagi orang yang menunggu tawaran,buat rayuan untuk masuk ke university..
ps: wahai dik2 ku,,, belajar dari kegagalan..;p
No comments:
Post a Comment