Followers

Friday, June 20, 2014

KALAU DAH BENCI



tadi pagi semangat aku pergi post office. almaklum lama la jugak stop kejap bisnes tudung. 

btw. aku bukak instashop. jual tudung. so kalau free and lantaklah kalau busy pun. pi bukak instagram type FSQUAREHIJAB

beli banyak dapat free postage. 6 hinggit tuh aku kasi discount! 

                              ok. habis dah iklan.

gini. time tunggu post office bukak. adalah makcik nih umur dalam 65 tahun plus plus. ajak lah aku borak sambil tunggu pintu office tu buka.

nak pergi kerja ke dik?
taklah makcik .. ni dari rumah nih..
belajar lah nak ? 
yup. dekat melaka...
ohhh anak makcik ada belajar dekat universiti internasional #@$#@% 

*aku tak paham dia cakap unibersiti apa.*

anak makcik dia nak kerja welding paip bocor dalam laut nun..makcik tak setuju betul lah dia nak kerja gitu.. bahaya..
eh makcik gaji banyak tuh! 
banyak pun dik, nak buat apa. duk sana berbulan lepas tuh anak bini dekat darat ni duk canggung ja. ni ada sedara makcik keja itulah. duk laut sana berbulan bulan bini dekat darat ada skandal. ni dik makcik nak kata nih.. biar kita tak banyak duit dik, asal kita bahagia. 

aku pun senyum je lah. kata lebih kang... mhmm sokay =.="

next topic..

adik kampung mana?
negeri sembilan...
gaya cakap macam orang perak..
hahaha kawan bilik saya kat melaka sana tuh makcik orang manjong tu yang sesikit gaya sana tuh.. 

ni makcik bukan nak kata apa.. tapi ... orang negeri sembilan ni jahat nak.... anak makcik 2 orang kahwin dengan orang sana. sorang rembau sorang tampin. dedua jahat..
mak ayah saya ok ja makcik.. dorang dedua orang sana 
*senyum*
tak da la dik... makcik bukan nak kata apa.. tapi dorang tuh memang jahat. *3 4 kali ulang ayat nih* 
anak makcik tuh dia dah anak 5 orang bini dia halau. harta anak semua bini dia ambik. kendian yang anak perempuan makcik tuh makpak mertua dia bukan main alim, pi haji, imam masjid sekali pi hantar sihir..

ohhh.... 

then bunyi pintu besi post office bukak.. 

dan aku selamat!

dan sebabkan dua orang manusia yang dari negeri sembilan ni buat taik dekat makcik nih.. habis satu penduduk negeri sembilan dia cop jahat :(

makcik, 
kalau duduk memana pun dalam dunia nih, ada yang jahat ada yang baik, selagi setan tu ada. maka manusia pun ada ja berwajah setan. toksah la kita judge orang sama. no! 

aku rasa makcik tuh turn off bila aku kata aku kampung nismilan. agaknya time aku kata aku dari kangar portugal ke hape mesti dia nak calonkan aku dengan anak dia yang last ke kan? haha!




No comments:

tinggal jejak je.. jangan kentut!!!